top of page

Sabah perlu suntikan baharu menuju PRU 15 - Nik Nazmi



Sabah sebuah negeri yang kaya hasil bumi namun tidak dibangunkan dengan baik oleh pemimpin BN yang memerintah negeri itu sejak sekian lama.


Dalam jelajah Sabah baru baru ini, Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad mendapati rakyat negeri itu perlu diberi suntikan semangat baharu untuk memilih kerajaan selain BN atau PN bagi memastikan pembangunan yang lebih bermakna kepada rakyatnya.


"Kami telah bertemu dengan banyak cabang cabang KEADIILAN di seluruh negeri Sabah. Kita dengar luahan hati mereka, harapan mereka.


"Sabah kita tahu sebuah negeri sangat kaya, kaya hasil, kaya bahasa, kalau nak cakap keluarga Malaysia mereka lebih dahulu laksanakan keluarga Malaysia.


"Namun negeri yang amat besar potensi ini kita lihat telah ditinggalkan. Mereka tidak mendapat kemajuan sama seperti di Semenanjung, anak anak muda di sini saya jumpa, mereka meluahkan bagaimana generasi muda termasuk yang sudah ambil PTPTN pergi universiti, kolej, akhirnya mereka terpaksa berhijrah ke Kuala Lumpur, Singapura, Johor demi sesuap nasi.


"Hari ini perniagaan kecil gulung tikar, ada yang bekerja di hotel. Dulu ramai pelancong kini mereka terpaksa dipotong gaji.


"Dalam keadaan ini mereka mahukan sebuah parti yang benar benar peduli tentang nasib mereka. Mereka mahu sebuah parti yang mampu melakukan perubahan bukan di Sabah tetapi juga di peringkat nasional," katanya.


Justeru tambah Nik Nazmi, Sabah perlukan hala tuju baharu dalam perjuangan politik rakyatnya bersama KEADILAN bagi memastikan sebuah kerajaan yang lebih baik mengambilalih dan memerintah.


"KEADILAN mempunyai sejarah parti pelbagai kaum yang paling berjaya di dalam negara ini.


"Justeru parti perlu beri suntikan baharu untuk PRU15 dan Sabah, negeri dengan keanggotaan kedua tertinggi mesti memainkan peranan yang penting," katanya.


Untuk rekod, Nik Nazmi telah menawarkan diri untuk bertanding Naib Presiden KEADILAN dalam pemilihan kali ini bagi sesi 2022 - 2025.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page