top of page

Sabah akan jadi negeri hebat jika hapus ketirisan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 1, 2023
  • 1 min read


Negeri Sabah mempunyai potensi besar untuk dimajukan dan diangkat martabatnya jika pemimpin dan rakyat di negeri itu bersatu menolak amalan negatif.


Keyakinan itu dinyatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Majlis Amanat Perdana Menteri kepada Anggota Perkhidmatan Awam Negeri dan Persekutuan Sabah, di Kota Kinabalu semalam.


"Tiada negara atau negeri yang dapat bertahan sekiranya wujud ketirisan sehingga menyebabkan kehilangan bilion ringgit.


"Nama Malaysia dulunya harum, tetapi disebabkan skandal kewangan, kehilangan wang...ini bukan salah rakyat sebaliknya beberapa individu," katanya.


Sementara itu Anwar turut menegaskan tugas pertamanya sebagai Perdana Menteri adalah menegakkan prinsip keadilan untuk semua rakyat di negara ini.


Beliau turut memberikan jaminan bahawa golongan miskin tegar di negara ini akan diselamatkan dengan kekuatan jentera kerajaan pusat dan negeri.


"Ini adalah tekad politik, sekiranya ada amalan ini, anda akan mampu kekalkan integriti. Masalah bukan terletak pada agama atau kaum, tetapi pada diri sendiri untuk menyampaikan sesuatu perkhidmatan itu," katanya.


Pengerusi Pakatan Harapan itu turut menegaskan bagi memastikan negara ini kembali gemilang, semangat idealisme dan muafakat dalam negara berbilang bangsa perlu diamalkan dan nilai manusia perlu diangkat dan jangan sesekali menghina dan merendahkan kaum lain.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page