top of page

RUU355 dijangka akan dibentangkan tahun ini



Rang Undang-Undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) dijangka akan dibentangkan pada tahun ini.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, berkata pihaknya kini sedang menunggu maklum balas daripada pihak Majlis Raja-Raja sebelum laporan mengenai RUU itu dibawa ke Kabinet.


"Setakat ini, kita masih menunggu maklum balas daripada Majlis Raja-Raja dan Pengerusi Mesyuarat Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam (MKI) yang baharu. Sehingga kita mendapat satu kenyataan rasmi daripada Majlis Raja-Raja dan Pengerusi MKI yang baharu itu nanti, baharulah kita dapat satu tarikh sesuai untuk pembentangan RUU 355," katanya dipetik.


Tambah beliau, walaupun RUU 355 adalah suatu akta di peringkat Persekutuan, pelaksanaannya juga akan membabitkan peringkat negeri.


Seperti dimaklumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sesi libat urus mengenai perkara itu jelasnya masih dijalankan membabitkan semua pemegang taruh merangkumi agensi agama Islam di peringkat negeri seperti Mahkamah Syariah negeri, Ketua Hakim Syarie negeri, Ketua Pendakwa Syarie Negeri, Ketua Penguat kuasa Syariah negeri serta Majlis Agama Islam negeri.


"Kita hendak pastikan supaya kesemua pemegang taruh di peringkat negeri, khususnya pihak istana yang merangkumi Duli Tuanku sebagai Ketua Agama Islam di negeri hendaklah dirunding dan dimaklumkan terlebih dahulu.


"Alhamdulillah, kesemuanya sudah pun kita runding dan berbincang dengan mereka dan Insya-Allah, kita akan sampai kepada peringkat untuk menyediakan kertas yang akan dibawa masuk ke dalam MKI bagi menyelaras semua perkara berkaitan hal ehwal Islam, termasuk undang-undang syariah," katanya.


Mohd Na'im ditemui pemberita selepas menghadiri satu program anjuran Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) di Kangar, Perlis pada Selasa

RUU 355 bertujuan meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah yang terhad, iaitu denda RM5,000 atau tiga tahun penjara atau/dan sebat enam kali kepada bidang kuasa lebih mengikut syariah, kecuali hukuman bunuh.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page