top of page

RUU Tribunal Anti-Buli bakal dibentangkan Disember ini - Azalina

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 7
  • 1 min read

ree

Kerajaan dijangka membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Tribunal Anti-Buli di Parlimen pada Disember ini.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said (gambar) berkata, kertas kabinet mengenai penggubalan RUU itu akan dibentangkan seawal November bagi memaklumkan hasil sesi libat urus dan dialog awam anti buli di seluruh negara.


"Kerajaan MADANI komited menunaikan janji memperkenalkan undang-undang ini pada sidang Parlimen kali ini.


"Insya-Allah, pada awal November akan bentangkan ke Kabinet untuk penentuan dari segi dasar kerana kabinet ingin mendengar hasil libat urus yang telah dijalankan," katanya dipetik.

Azalina berkata begitu kepada pemberita selepas menghadiri Sesi Town Hall Antibuli: #GenerasiTanpaBuli bersama wakil murid di bawah Kementerian Pendidikan di Putrajaya pada Isnin yang turut dihadiri Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.


Pada sesi itu, seramai 130 pelajar Kementerian Pendidikan dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Selangor serta Negeri Sembilan tampil memberikan pandangan serta cadangan bagi penyediaan RUU Anti-Buli.


Sementara itu menurut Azalina, kerajaan sedang meneliti mekanisme paling sesuai yang akan digunakan bagi membendung gejala buli di pelbagai peringkat.


Ia termasuk kemungkinan menubuhkan dua tribunal berasingan — bagi individu bawah 18 tahun dan dewasa — bagi memastikan penyelesaian kes buli lebih cepat dan berkesan.


Beliau turut menjelaskan, sesi dialog awam seterusnya akan diadakan bersama Kementerian Pendidikan Tinggi bagi mendapatkan pandangan pelajar berusia 18 tahun ke atas.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page