top of page

RUU Tanggungjawab Fiskal lulus baiki tatakelola negara

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 11, 2023
  • 1 min read


Oleh: Abdullah Zaid


Rang Undang-Undang (RUU) Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 dibentang bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat sesi petang.


Perbahasan itu dibentangkan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan (BN - Pontian) sebagai usaha memperbaharui dasar dan strategi kerajaan selain melengkapkan Akta Tatacara Kewangan 1957 (AKT 1957) yang hanya khusus kepada pengurusan dan kawalan kewangan awam.


"Dalam usaha memacu ekonomi negara terdapat keperluan untuk membuat mekanisme dalam jangka masa sederhana dan panjang bagi meningkatkan kecekapan supaya impaknya maksimum kepada rakyat.


"Dalam masa sama, usaha turut ditingkatkan bagi menanggani isu ketirisan, pembaziran dan penyelewengan serta kelemahan tatakelola dalam pengurusan wang awam dilihat merugikan negara," kata Ahmad ketika membentangkan perbahasan di Dewan Rakyat.


Jelas beliau, selaras dengan hasrat tersebut kerajaan telah menetapkan empat sasaran utama antaranya Perbelanjaan pembangunan tahunan sebagai peratusan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sekurang-kurangnya 3 peratus; Baki fiskal sebagai peratusan kepada KDNK sebanyak - 3.0 peratus atau kurang dalam tempoh tiga hingga lima tahun; Paras hutang sebagai peratusan kepada KDNK sebanyak 60 peratus atau kurang dalam tempoh tiga hingga lima tahun; Jaminan kewangan sebagai peratusan kepada KDNK tidak melebihi 25 peratus.


Sebagai rekod, seramai 17 ahli parlimen mengambil bahagian bagi membahaskan RUU KATF yang dimulakan oleh bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng (PH-Bagan).

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page