top of page

RUU Tanggungjawab Fiskal dibentang Oktober ini



Rang Undang-undang Tanggungjawab Fiskal (FRA) akan dibentangkan di Parlimen pada Oktober ini, kata Kementerian Kewangan (MOF)


MOF melalui satu kenyataan pada Isnin berkata, langkah tersebut susulan keputusan sebulat suara Jawatankuasa Dasar Fiskal (FPC) yang bermesyuarat semalam mengenai kepentingan dan kesegeraan untuk FRA dibentangkan.


"Rang Undang-Undang berkenaan digubal bersesuaian dengan konteks Malaysia, dijangka dapat menambah baik rangka kerja perundangan fiskal negara.


"Ia mengandungi prinsip pengurusan fiskal yang kukuh dengan memberi penekanan kepada tatakelola, kebertanggungjawaban dan ketelusan dalam pengurusan kewangan awam," kata kenyataan tersebut.


Mesyuarat FDC yang dipengerusikan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam bertujuan meneliti perkembangan ekonomi negara dan kedudukan fiskal kerajaan terkini serta unjuran fiskal jangka sederhana sebagai persediaan Belanjawan 2024.


Jawatankuasa itu membincangkan unjuran pertumbuhan keluaran dalam negara kasar, kedudukan fiskal kerajaan dan rangka kerja fiskal jangka sederhana untuk penyediaan Belanjawan 2024.


Selain PM, mesyuarat itu turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali; Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi, dan Bank Negara Malaysia.


Jawatankuasa ini memainkan peranan penting dalam merangka strategi, menetapkan hala tuju serta menambah baik tatakelola pengurusan kewangan awam bagi memperkukuh kedudukan kewangan kerajaan jangka sederhana dan panjang.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page