top of page

RUU sumbangan politik perlu diluluskan, elak rasuah kepada ahli politik



Cadangan untuk mengusulkan Rang Undang Undang (RUU) Sumbangan Politik pada sidang Dewan Rakyat sesi Oktober tahun ini disambut baik oleh semua pihak.


Menurut Biro Komunikasi dan Penerangan KEADILAN Cabang Kemaman, Terengganu, sudah sampai masanya Malaysia mempunyai RUU sedemikian rupa sebagaimana dibuat di negara Eropah bagi mengelakkan ahli politik menerima rasuah untuk menggerakkan kegiatan politik.


Kata KEADILAN Kemaman lagi, RUU itu akan dapat mengelakkan kes kes sumbangan politik seperti yang dihadapi bekas Perdana Menteri Najib Razak dan Presiden Umno Zahid Hamidi ketika ini.


"KEADILAN Kemaman hari ini menyambut baik keputusan kabinet berhubung penggubalan RUU Sumbangan Politik pada persidangan Parlimen yang akan datang


"Menurut kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang) Datuk Dr Wan Junaidi, kabinet telah bersetuju secara prinsip mengenai RUU tersebut dan beliau akan membawa usul ke jawatankuasa teknikal memorandum persefahaman transformasi dan kestabilan politik untuk diperhalusi sebelum dibentangkan dalam sesi parlimen yang akan datang


"Melalui RUU ini, diharap akan menghalang berlakunya rasuah justeru membersihkan aktiviti politik daripada korupsi dan salah guna kuasa," kata kenyataan KEADILAN Kemaman.


Kata kenyataan itu lagi, RUU pendanaan politik itu juga akan melebarkan lagi ruang kerjasama demi kebaikan rakyat yang dicapai melalui Memorandum Kerjasama (MoU) antara Kerajaan Persekutuan dan Paktan Harapan yang termeterai pada September tahun lalu.


"KEADILAN dan PH dalam hal ini konsisten berjuang mereformasikan sistem politik negara, justeru akan memastikan RUU ini diluluskan di Parlimen pada persidangan yang akan datang,"

kata kenyataan itu lagi.


Untuk rekod, RUU sama di negara Eropah membenarkan parti politik yang mendapat undi popular pada kadar tertentu dalam pilihan raya untuk ditanggung perbelajaan pentadbirannya melalui dana kerajaan. Dengan cara demikian ahli politik amat tidak digalakkan mengambil wang daripada pihak swasta bagi tujuan politik. Sekiranya dana diperolehi maka perlu diisytiharkan pihak yang menyumbang dan jumlah sumbangan.


Bagaimanapun, bagi RUU sama di Malaysia, kerajaan BN - PN masih belum memberikan butir butir yang akan diusul di Dewan Rakyat.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page