RUU PSB: Kerajaan Madani utamakan kebajikan, sanggup lakukan pindaan
- Suara Keadilan
- 6 days ago
- 2 min read

RUU Pembaharuan Semula Bandar (PSB) yang akan diluluskan dalam sesi Dewan Rakyat pada Oktober ini perlu disokong sepenuhnya oleh rakyat Malaysia.
Pengerusi Biro Perpaduan Nasional Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Selangor merangkap Ahli Dewan Negeri Kajang, David Cheong Kian Young, berkata RUU itu adalah bukti nyata komitmen Kerajaan Madani dalam mengangkat martabat kehidupan rakyat, terutama golongan B40 di bandar.
Menurut beliau, RUU PSB digubal melalui libat urus pelbagai pihak dan kini diperkemas dengan pindaan penting termasuk ambang persetujuan 80% serta perlindungan demografi setempat.
"RUU PSB merupakan langkah menyeluruh untuk membaik pulih kawasan bandar yang usang, memastikan kediaman lebih selesa dan selamat, serta memperkasa kesejahteraan rakyat secara inklusif.
"RUU ini digubal melalui libat urus pelbagai pihak dan kini sedang diperkemas, antaranya pindaan pada Fasal berkaitan ambang persetujuan dan perlindungan demografi setempat bagi memastikan pelaksanaan yang adil kepada semua pihak," katanya dalam kenyataan.
David Cheong menegaskan bahawa manfaat RUU tersebut akan dirasai semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum, khususnya penghuni flat kos rendah dan perumahan awam lama.

Katanya, perumahan lama seperti flat yang uzur akan diganti rumah baharu yang lebih selamat dan bermaruah.
Tegas beliau, akta tersebut menangani bangunan lama yang paip, pendawaian dan utilitinya merosot dan memberi ruang pembangunan semula; ambang persetujuan pula 80% tanpa mengira usia bangunan, suara minoriti diambil kira membolehkan projek penting diteruskan; fasal berkaitan laporan projek pula akan dipinda agar demografi komuniti tempatan diambil kira dan mengelak perubahan populasi penduduk; juga pampasan dan perlindungan hak pemilik diwujudkan agar harga premis gantian melebihi nilai pasaran semasa untuk mengelak pemilik dipinggirkan kerana tidak mampu membeli unit baharu.
Dalam pada itu, David Cheong menolak dakwaan pembangkang bahawa RUU PSB mencabuli hak pemilik atau meminggirkan kaum tertentu.
"Tuduhan mereka jelas bersifat politik murahan, bukan kerana kelemahan dasar, tetapi kerana nafsu politik sempit yang mahu menggagalkan usaha baik Kerajaan MADANI.
"Lebih menyedihkan, mereka yang lantang menentang ini tidak turun padang meninjau keadaan sebenar atau mungkin mereka tidak peduli terhadap kedaifan rumah-rumah flat tersebut.
"Mereka lebih pentingkan agenda politik mereka dengan memutar belit fakta hanya untuk membina naratif palsu terhadap Kerajaan MADANI," ujarnya.
Sebaliknya David Cheong yang turun meninjau enam buah flat kos rendah di Kajang berkata, keadaan usang dan membahayakan keselamatan penduduk membuktikan betapa RUU PSB amat diperlukan.
"Saya sendiri telah turun meninjau keadaan di 6 buah flat kos rendah di Kajang. Antara yang terjejas teruk dan berkeadaan sangat daif adalah Flat Sentosa Sungai Jelok, Flat Taman Maju 1, Flat Taman Kajang Mewah dan Flat Jalan Bukit Mewah.
"Apa yang saya saksikan jelas menunjukkan betapa RUU PSB amat diperlukan. Kebocoran air, bumbung bocor, keadaan “gutter” berkarat, patah boleh jatuh pada bila-bila masa, koridor kaki lima yang usang, begitu juga dengan keadaan longkang yang rosak teruk menjadikan persekitaran yang membahayakan keselamatan dan kesihatan penduduk.
"Keadaan ini tidak mungkin dapat diatasi tanpa dasar bersepadu seperti yang ditawarkan RUU PSB ini," katanya.
Justeru, beliau menyeru rakyat agar menilai dengan hati terbuka dan melihat RUU PSB sebagai langkah konkrit Kerajaan Madani demi mewujudkan bandar yang lebih selamat, inklusif, dan bermaruah.
"RUU PSB ialah payung undang-undang yang memulihkan petempatan bandar secara terancang, melindungi komuniti pelbagai bangsa, dan menaik taraf kualiti hidup rakyat. Pindaan yang diumumkan membuktikan kerajaan mendengar dan memperbaiki, bukan meminggirkan," ujar beliau lagi.
Tried a site for essay writing uk last semester when I had back-to-back deadlines. The process was simple: upload instructions, wait for a draft, then edit. The writing was fine – not overly polished, which was actually good because it matched my level. I ended up editing a bit, but it was way better than pulling an all-nighter. I think the trick is to use it as support, not a full replacement. Helped me a lot.