top of page

RUU PSB ditarik balik untuk tambah baik, bakal dibentang semula

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 hour ago
  • 1 min read

Oleh: Akmal Manaf


Kerajaan bersetuju untuk menarik balik Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) bagi membolehkan ia ditambah baik sebelum dibentangkan semula di Parlimen.


Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil (gambar) berkata, Jemaah Menteri mengambil keputusan itu selepas mengambil kira perbahasan ahli Parlimen di Dewan Rakyat dan maklum balas daripada UMNO serta anggota kabinet yang lain.


"Jemaah menteri secara dasar telah bersetuju bahawa wujud keperluan untuk menggubal satu RUU yang membolehkan isu perumahan di kawasan bandar khusus berkait miskin bandar diatasi dengan tuntas dan adil.


"Maka pada hari ini, Jemaah Menteri telah bersetuju bahawa RUU PSB ini akan ditarik balik untuk ditambah baik melalui beberapa pindaan dan tambahan yang akan diteliti.


"Seterusnya dibentangkan, dibincang dan diputuskan di Jemaah Menteri pada satu tempoh yang akan dimaklumkan dan dibentangkan semula dalam bentuk yang baharu di Parlimen," katanya.


Beliau memaklumkan perkara itu dalam sidang media pasca mesyuarat Kabinet di Putrajaya hari ini.


Sebelum ini, RUU PSB telah dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.


RUU itu bertujuan memastikan kawasan perumahan lama yang uzur, daif dan usang dapat dibangunkan semula secara lebih terancang, adil dan inklusif demi kesejahteraan rakyat serta pembangunan bandar yang mampan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page