top of page

RUU PSB ditangguh: KPKT bakal pinda fasal nilai ambang persetujuan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 57 minutes ago
  • 2 min read
ree

Oleh: Helmi Foad


Perbahasan dan kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) yang menimbulkan perdebatan hangat ditangguhkan ke sidang Dewan Rakyat akan datang dengan kerajaan akan meminda butiran mengenai nilai ambang persetujuan bagi menyertai projek pembaharuan semula bandar.


Speaker Tan Sri Johari Abdul ketika membuat celahan ketika Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming (gambar) membentangkan RUU itu bagi bacaan kali kedua berkata beliau terikat dengan peraturan mesyuarat yang memerlukan sidang tersebut dihentikan ada pukul 5.30 petang.


"Menteri...dalam usul dikemukakan... tidak disebut RUU ini hendaklah dihabiskan.


"Saya terikat dengan peraturan mesyuarat yang persidangan (dihentikan) pada pukul 5.30 petang.

Boleh sambung dalam sidang akan datang?" katanya.


Kor Ming kemudian berkata pihaknya akur serta hormat dengan perkara tersebut dan mahu pembentangan RUU tersebut disambung ke sidang akan datang.


Difahamkan sidang Dewan Rakyat dijangka bersidang semula pada Oktober ini bagi pembentangan Belanjawan 2026 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Terdahulu dalam pembentangannya, Kor Ming menjelaskan pindaan akan dibuat pada Fasal 19 RUU itu membabitkan nilai ambang bagi menghormati pandangan Jawatankuasa Pilihan Khas Infrastruktur, Pengangkutan dan Komunikasi Dewan Rakyat melalui sesi perbincangan khas pada 21 Ogos lalu.


Beliau berkata kesemua nilai ambang itu diseragamkan ke paras 80 peratus tanpa mengira usia bangunan.


Jelasnya kenaikan nilai daripada 75 peratus masih dalam lingkungan yang wajar untuk memberikan ruang pertimbangan bagi melaksanakan projek pembaharuan semula bandar secara berintegriti dan adil untuk pihak terlibat.


"Di samping itu, kita mengambil kira isu hak milik dalam kalangan 20 peratus penduduk. Antaranya isu hak milik yang dicagar atau digadai bagi pembiayaan kewangan atau seumpamanya, isu hak milik yang mengalami Non-Performing Loan (NPL) daripada institusi kewangan, isu suratan hak milik yang belum atau tidak dikeluarkan kepada pembeli serta isu pemilik asal tidak dapat dikesan," katanya.


Jelasnya sekiranya nilai ambang tersebut diletakkan pada kadar 100 peratus memang agak mustahil sekiranya pemilik asal tidak dapat dikesan.


Kor Ming berkata kementerian juga akan meminda Fasal 18 berhubung laporan cadangan pelaksanaan pembaharuan semula bandar.


Beliau berkata pindaan itu akan memastikan maklumat demografi setempat di sesuatu kawasan projek pembaharuan semula bandar diambil kira oleh Jawatankuasa Eksekutif Persekutuan dan Negeri supaya diuruskan dengan teratur bagi mengelak perubahan komposisi penduduk setempat yang drastik.


"KPKT cakna dengan keresahan ramai pihak berkaitan komposisi penduduk di satu-satu kawasan yang terlibat dengan pembaharuan semula bandar.


"Kementerian akan meminda fasal ini sewajarnya bagi menjamin demografi di kawasan terlibat, tertakluk perincian yang akan dibincangkan bersama dengan Jabatan Peguam Negara," katanya.


Dalam pada itu beliau berkata penggubalan RUU itu melalui proses yang telus termasuk kelulusan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (GPP PSB) pada 2023, persetujuan Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) serta beberapa sesi dengan Jawatankuasa Pilihan Khas Infrastruktur, Pengangkutan dan Komunikasi.


Beliau berkata cadangan lokasi yang dikenal pasti untuk pelaksanaan pembaharuan semula bandar juga dikemukakan daripada pihak berkuasa negeri dan diwartakan oleh kerajaan negeri sendiri dan bukan oleh kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia).


Kor Ming berkata penyegaran bangunan dan utiliti penting memandangkan jangka hayat infrastruktur dan utiliti atau kemudahan seperti lif, tangki air, sistem pendawaian elektrik, sistem retikulasi perpaipan, sistem kumbahan najis dan sistem bekalan gas akan merosot mengikut peredaran masa.


"Kemerosotan kualiti infrastruktur dan utiliti dalaman bangunan itu akan menjadi semakin kritikal sekiranya menghadapi masalah perbadanan pengurusan yang lemah dan gagal melaksanakan penyelenggaraan dengan baik, termasuk bangunan yang usianya masih baharu," ujarnya.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page