top of page

RUU PSB dirangka era PN, mengapa difitnah alat tindas Bumiputera?

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 27
  • 1 min read

ree

Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) 2025 bertujuan melindungi nasib rakyat yang tinggal di kawasan usang, uzur dan tidak selamat.


Ahli Parlimen Shah, Alam Azli Yusof (gambar) menegaskan, naratif pembangkang yang mendakwa RUU itu bertujuan menindas dan merampas hak pemilik asal, khususnya Melayu dan Bumiputera sama sekali tidak berasas.

"Kononnya akta ini mengorbankan hak pemilik asal, ia tidak begitu kerana pemilik asal adalah syarat kepada pembinaan semula bandar.


"Akta ini bagi membela masyarakat yang tinggal dan mempunyai harta pemilikan di kawasan yang usang, uzur dan tidak selamat supaya kawasan itu boleh dibangunkan semula dengan syarat sangat ketat.


"Mereka (pemilik) mesti dibenarkan untuk terus kekal di kawasan itu apabila ia dibina semula. Ini dinyatakan dalam fasal 24(a) (RUU URA)," katanya dipetik.


Pembangkang cuba mempengaruhi dan menanam persepsi kepada rakyat seolah-olah Akta PSB merupakan agenda DAP yang akan menekan dan menyisihkan orang Melayu dari bandar.


Sedangkan, RUU itu bukan cadangan baharu kerana ia telah bermula pada tahun 2021 ketika Perikatan Nasional (PN) menerajui negara selama 30 bulan.

Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia), Datuk Dr Alias Rameli sebelum ini menegaskan, RUU berkaitan bukan digubal bagi menggantikan peruntukan atau undang-undang sedia ada dan tidak akan menjejaskan sebarang hak keistimewaan orang Melayu.


Tegasnya, sebanyak 108 sesi libat urus membabitkan badan profesional serta persatuan penduduk telah diadakan bagi mendapatkan pandangan mengenai akta yang sedang digubal itu.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page