RUU Profesion Kerja Sosial perlu dibentang segera di Parlimen



Masyarakat Malaysia yang akan menuju negara menua memerlukan Rang Undang Undang (RUU) Profesion Pekerja Sosial untuk segera dibentang dan diluluskan di Parlimen.


Menurut Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN, Loh Ker Chean, hal itu penting bagi mewujudkan pelan pembinaan modal insan Kerja Sosial yang lebih menyeluruh


Katanya, langkah tersebut merupakan salah satu penyelesaian holistik kepada isu yang dibangkitkan oleh Dr Boo Harn Shian daripada Universiti Sains Malaysia (USM) melalui laporan media The Star bertarikh 17 Februari lalu, iaitu beban generasi ‘sandwich’ yang memikul tanggungjawab menjaga anak dan ibu bapa mereka pada masa yang sama, boleh diringankan.


"Dr Boo berasa risau terhadap impak penuaan kepada kaum wanita kerana tanggungjawab mereka di dalam rumah tangga dijangka bertambah di mana kerja rumah tanpa upah akan bertambah. Keadaan ini akan menyebabkan KDNK negara menurun disebabkan tenaga kerja menyusut kerana lebih ramai kaum wanita akan mengorbankan kerjaya mereka apabila negara ini menjadi negara tua.


"Oleh itu, Akta Profesion Kerja Sosial sangat kritikal bagi menubuhkan sistem perkhidmatan kerja sosial yang profesional, mempromosi status pekerja sosial dan yang paling penting ialah menjamin hak dan kepentingan pihak penerima perkhidmatan tersebut," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Bagaimanapun, kata Loh, tiada tindakan diambil oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluaraga dan Masyarakat (KPWKM), Rina Harun selepas dua tahun beliau menjawat Menteri KPWKM, dan agenda penggubalan RUU tersebut tidak ada dalam pelan strategik KPWKM 2021 – 2025.


Katanya, Rina hanya merancang pembangunan modal insan profesion pekerja sosial dalaman di KPWKM untuk tempoh 5 tahun dan tiada perancangan untuk seluruh industri perkhidmatan sosial dan kebajikan di negara ini.


"Kerajaan dalam hal ini harus mengkaji untuk mereformasikan institusi kebajikan dan sosial dengan memperuntukkan lebih banyak perbelanjaan dan menggalakkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), perbadanan yayasan atau syarikat korporat untuk melaksanakan program kebajikan dan sosial.


"Dengan pengurangan kerja penyampaian program perkhidmatan kebajikan dan sosial di komuniti, Kerajaan boleh menumpukan lebih perhatian kepada peranan utama mereka sebagai pembuat dasar, kawal selia dan kerja audit terhadap program dan pertubuhan komuniti," katanya lagi.


Wanita KEADILAN berharap selepas penstrukturan semula, Kerajaan mampu menwujudkan lebih banyak peluang pekerjaan pekerja sosial dengan menjadikan pengambilan pekerja sosial sebagai syarat dalam pemberian geran kepada pihak berkenaan untuk melaksanakan program sosial dan kebajikan.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER