top of page

RUU Peruntukan Dana Politik halang korupsi, contohi negara Jerman - Sim Tze Tzin



Rang Undang undang (RUU) Peruntukan Dana Politik yang dicadang akan dibentang di Parlimen pada sesi Oktober oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Junaidi Jaafar sangat baik dalam membersihkan negara daripada praktik sumbangan dana menagih projek.


Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata akta tersebut merupakan peluang terbaik membersihkan negara daripada penyakit "kleptokrasi", "perasuah", "penyamun" dan "perompak" yang bersarang dalam kalangan ahli politik pemerintah.


Katanya, sejak kes 1MDB sehingga ke kes Ultra Kinrara Sdn Bhd (UKSB) rakyat Malaysia menyaksikan bagaimana pemimpin politik termasuk Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri dan Menteri Besar boleh disogok dengan duit rasuah demi mendapat projek kerajaan.


"Sumbangan dana politik boleh mencecah ratusan juta dalam Kes UKSB dan RM 2.6 bilion dalam kes 1MDB.


"Lagi mengejutkan ialah, kes mahkamah menunjukkan kebanyakan sumbangan dana politik tersebut bukan digunakan untuk aktiviti politik atau menjaga kebajikan rakyat tetapi untuk membeli rumah mewah, beli belah di luar negara dan kegunaan diri sendiri.


"Selagi tiada akta dana politik yang mengharamkan sumbangan politik maka syarikat korporat akan terus memberi rasuah untuk mendapatkan projek kerajaan," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut beliau, Malaysia harus berani memutuskan hubungan rasuah antara syarikat korporat dan ahli politik.


Akta mengawal dana politik yang dicadangkan itu, katanya harus membelajari model-model negara yang berjaya.


"Antara negara paling berjaya mengawal dana politik dan membersihkan politik daripada rasuah adalah negara Jerman.


"Jerman melaksanakan sumbangan politik oleh Kerajaan. Parti-parti politik mendapat dana daripada kerajaan mengikut formula tertentu. Oleh kerana dana politik disumbang oleh kerajaan maka parti-parti politik perlu melaporkan perbelanjaan dengan sangat telus dan diaudit dengan ketat.


"Sumbangan dana politik oleh syarikat swasta Jerman dikawal teramat ketat dan tidak digalakkan," katanya.


Bagaimanapun, kata Sim, mungkin ada pihak yang mempertikaikan kenapa kerajaan harus memperuntukan dana untuk parti politik ala-Jerman?


Tambahnya, parti politik memerlukan dana untuk menjalankan aktiviti dan kempen. Dengan peruntukan kerajaan maka kawalan ketat boleh dilaksanakan, dan ia sekaligus memutuskan sumbangan syarikat korporat.


"Cara ini berkesan memutuskan pengaruh syarikat korporat untuk mendapatkan projek kerajaan melalui Menteri atau ahli politik.


"Model Jerman ini telah terbukti berjaya dan menghentikan rasuah dan skandal politik di negara tersebut.


"Manakala Pilihan Raya Umum ke 15 ini dijangka akan menjadi medan pertembungan yang paling sengit dalam sejarah negara. Parti-parti yang bersaing akan memerlukan dana kempen yang sangat tinggi demi memenangi PRU. Tanpa Akta Dana Politik yang ketat, rasuah politik menjadi lebih parah.


"Itu sebab, saya menyeru Menteri Datuk Seri Wan Junaidi mengadakan sesi libat urus dengan semua parti politik, NGO, akademik dalam bulan Ogos dan September ini untuk menyiapkan Draf RUU Dana Politik itu," katanya lagi.


Namun tegas Sim, bukan semua ahli politik rasuah. Malaysia masih boleh mencapai negara bersih dan maju seperti negara Eropah dengan mencontohi model Jerman.


Sim berharap RUU itu boleh mengembalikan keyakinan rakyat terhadap ahli politik dan pemimpin negara menjelang PRU15.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page