top of page

RUU Perolehan Kerajaan 2025 diluluskan, kecuaian boleh dihukum

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 9
  • 2 min read
ree

Dewan Negara pada Isnin meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perolehan Kerajaan 2025 bertujuan memperuntukkan kewajipan, tanggungjawab, tadbir urus dan ketelusan dalam perolehan kerajaan.


RUU itu diluluskan menerusi undi belah bahagian. Sebanyak 33 Senator bersetuju, lapan tidak bersetuju, dua tidak mengundi dan 14 tidak hadir.


Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (gambar) berkata, dengan lulusnya undang-undang baharu itu, keputusan Menteri Kewangan kini boleh dicabar dan dikaji semula melalui proses Panel Kajian Semula dan seterusnya Tribunal Rayuan Perolehan yang berkecuali.


"Pembaharuan ini merupakan satu reformasi besar bagi meningkatkan tatakelola dalam kesan perolehan kerajaan. Ini adalah satu perubahan yang kita perjuangkan bahawa tadbir urus bukan untuk memperkaya kelompok tetapi memperkukuh anak bangsa secara seluruhnya.


"Kita teguhkan tekad supaya rakyat tidak lagi dihantui salah guna kuasa dan pembaziran tetapi yakin bahawa kerajaan benar-benar berkhidmat untuk mereka.


"Intipatinya mudah, wang rakyat adalah amanah. RUU ini memperkukuhkan tadbir urus untuk menjaganya," katanya dipetik ketika menggulung RUU tersebut di Dewan Negara.


Sementara itu tambahnya, RUU tersebut urut memperkenalkan tindakan punitif atas sebarang pelanggaran dan Menteri Kewangan sekiranya gagal menzahirkan kepentingan atau campur tangan dalam proses perolehan.


Keberkesanan penguatkuasaan tindakan punitif itu juga diperkukuh melalui mekanisme pemantauan yang teliti serta kerjasama erat antara Kementerian Kewangan dengan agensi penguatkuasaan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC).


Usaha menggubal RUU berkenaan bermula sejak 2018 sebagai langkah reformasi institusi, namun tergendala susulan pertukaran pentadbiran kerajaan pada 2020 sehingga November 2022.


Untuk rekod, sebelum ini sebarang laporan yang mendedahkan kecuaian, penyelewengan atau salah urus peruntukan awam atau perolehan kerajaan tidak boleh didakwa di mahkamah kerana ketiadaan akta khusus.


Biasanya penjawat awam yang terlibat hanya dikenakan tindakan disiplin dan tidak menyebabkan mereka dihukum maksimum di atas kesalahan yang dilakukan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page