top of page

RUU Perolehan 2025: Reformasi berani bendung rasuah, ketirisan kerajaan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 28
  • 2 min read

ree

Perolehan kerajaan sejak berdekad lalu dipersoalkan rakyat kerana ketidaktelusan dalam proses tender sehingga wujud tuduhan ahli politik mengkayakan kroni dan anak beranak menggunakan dana negara.


Sehubungan itu, Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin (gambar) menyifatkan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Perolehan Kerajaan 2025 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi parlimen kali ini sebagai langkah berani dan reformasi sebenar dalam membanteras rasuah, kartel serta salah guna kuasa dalam perolehan kerajaan.


Menurut beliau, pengalaman sebagai ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mendedahkan betapa seriusnya masalah ketirisan dalam tender kerajaan.


"Malangnya, terdapat banyak rasuah, kartel, salah guna kuasa dan ketirisan. Mereka dikaitkan dengan ahli politik dan juga penjawat awam. Ingat 1MDB, Janawibawa dan berjuta-juta disimpan di rumah selamat dan siling?" katanya dalam kenyataan media.


RUU Perolehan Kerajaan 2025, kata beliau, memperkenalkan prosedur ketat dalam kawal selia tender kerajaan serta menubuhkan Tribunal Bebas bagi meneliti aduan perolehan.


"Pada zaman dahulu, anda tender projek Kerajaan. Syarikat anda meletakkan harga terbaik. Tetapi tender diberikan kepada syarikat lain dengan "kabel" yang kukuh.


"Kini, anda mempunyai cara untuk membuat aduan dan ia akan didengar di "tribunal" terbuka (mahkamah). Anda akan mendapat keadilan," kata beliau.


Tze Tzin yang juga Pengarah Strategi KEADILAN menambah, kewujudan tribunal terbuka ini akan mewujudkan ketelusan kerana setiap aduan akan dipantau oleh masyarakat dan mendapat liputan media.


"Ini akan menggentarkan ahli politik atau pegawai yang korup. Kerana, sebaik sahaja aduan dibawa ke Tribunal, ia akan didengar secara terbuka kepada orang ramai dan media.


"Tidak ada cara untuk bersembunyi," ujarnya.


Bagaimanapun, beliau kesal apabila pembangkang menentang RUU tersebut walaupun pihak Perikatan Nasional pernah berada dalam kerajaan dan mengetahui kelemahan sistem perolehan.


"Sejujurnya, tiada ahli politik yang begitu "bodoh" untuk memperbaharui perolehan yang keruh ini. Kepada ahli politik, lebih keruh, lebih baik. Rumah selamat, siling akan disimpan secara tunai.


"Tetapi Anwar melakukan pembaharuan ini tanpa rasa takut," katanya lagi.


Tzr Tzin menegaskan, RUU Perolehan Kerajaan 2025 adalah pembaharuan penting bagi memastikan integriti, ketelusan dan keadilan dalam sistem perolehan negara.


Juga, ia membuktikan bagaimana Kerajaan Madani melakukan pembahatuan total.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page