top of page

RUU Perkhidmatan Parlimen 2025: Nasib kakitangan tidak terjejas - Speaker

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 1
  • 1 min read


Nasib kakitangan Parlimen tidak akan terjejas dengan pengenalan Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025.


Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Dr Johari Abdul menerusi satu sidang media pada Jumaat menegaskan, menerusi RUU itu perkhidmatan di Parlimen bakal menyaksikan dikotomi (pemisahan pentadbiran) masing-masing di bawah Majlis Perkhidmatan Parlimen (MPP) dan pentadbir awam.


"Kita (Parlimen) diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) maka kita kena terima siapa juga yang pihak kerajaan, eksekutif hantar bermula dari setiausaha dewan kepada seluruh jentera (pentadbiran Parlimen) itu diisi oleh pihak eksekutif, walaupun secara kontrak ataupun lain-lain.


"Jadi dalam kompleks Parlimen ini, akan berlaku dikotomi terutama kakitangan dalam dewan (Dewan Rakyat dan Dewan Negara), termasuk setiausahanya dan beberapa kakitangan khususnya untuk kendalikan dewan.


"Mereka ialah (dalam kalangan) profesional, mempunyai pengalaman yang dalam dan luas dalam bidang pengurusan hal ehwal dewan (Dewan Rakyat dan Dewan Negara).


"Di luar dewan di kompleks (Parlimen) ini iaitu tanggungjawab pentadbir awam dikendalikan oleh Ketua Pentadbir membabitkan hal keselamatan dan lain-lain urusan. Itu (tanggungjawab) perkhidmatan awam," katanya dipetik pada sidang media di Parlimen semalam.


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin pada Khamis mempersoal mengenai RUU itu.


Hamzah mendakwa 70 peratus kakitangan Parlimen tidak bersetuju kerana dalam kalangan mereka bimbang tidak berpeluang dinaiki pangkat dan faedah perkhidmatan.


Mengulas lanjut Dr Johari menegaskan, menerusi RUU itu kakitangan diberikan pilihan sama ada hendak balik berkhidmat di kementerian asal mereka atau kekal di Parlimen, sambil menegaskan pencen mereka juga tidak terjejas di bawah akta berkenaan.


"Dengan wujudnya PSA (Akta Perkhidmatan Parlimen) ini, kita akan menyaksikan... nak betulkan pemikiran sesetengah kawan-kawan (dalam kalangan Ahli Parlimen) bahasa kebebasan yang kita maksudnya ialah kita laksanakan hibrid dalam kompleks (Parlimen) ini," tambahnya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page