top of page

RUU Pekerja Gig: PM mahu pandangan semua pihak diteliti

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Feb 28
  • 1 min read

ree

Oleh: Akmal Manaf


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Menteri Sumber Manusia (KESUMA) Steven Sim Chee Keong untuk meneliti pandangan pelbagai pihak sebelum menyerahkan draf Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig kepada Kabinet.


Perkara tersebut dimaklumkan oleh Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil menerusi sidang media pasca mesyuarat Jemaah Menteri, di Putrajaya, hari ini.


Fahmi berkata, kerajaan turut mengambil maklum pandangan pelbagai pihak berhubung RUU berkenaan.


''Tapi kita berharap proses libat urus dan penelitian isu-isu ini akan dapat diselesaikan.


''Pada masa sama, kerajaan juga berharap agar RUU ini dapat dibentangkan dalam mana-mana sidang Parlimen tahun ini,'' ujarnya.


Media sebelum ini melaporkan, lapan syarikat utama dalam industri ekonomi gig menggesa kerajaan supaya memperhalusi draf RUU Pekerja Gig sebelum ia dibentangkan di Parlimen.


Dalam kenyataan bersama, mereka menyatakan kebimbangan terhadap beberapa aspek dalam RUU itu antaranya penetapan piawaian minimum industri secara sehala yang berisiko mengekang inovasi dan persaingan, sekali gus meningkatkan kos perkhidmatan kepada pengguna.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page