top of page

RUU pekerja gig dibentangkan di Dewan Rakyat minggu depan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 8
  • 1 min read

Steven Sim (berdiri) dan Dr Zahid Hamidi dalam sesi Sembang Santai Teh Tarik Industri Gig
Steven Sim (berdiri) dan Dr Zahid Hamidi dalam sesi Sembang Santai Teh Tarik Industri Gig

Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dijangka dibentangkan untuk bacaan pertama di Dewan Rakyat pada 14 Ogos ini, bagi melindungi lebih sejuta pekerja dalam sektor ekonomi gig di negara ini.


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, bacaan kedua RUU tersebut dijadualkan pada 26 Ogos, diikuti perbahasan oleh Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang sebelum ia melalui proses undian.


"RUU ini dirangka khusus untuk memberikan perlindungan yang sewajarnya kepada pekerja dalam sektor ekonomi gig yang kini semakin berkembang.


"Kita harapan agar undang-undang berkenaan dapat diluluskan sebelum akhir persidangan Parlimen kali ini," katanya dipetik.


Ahmad Zahid berkata begitu semasa sesi Sembang Santai Teh Tarik Industri Gig bersama Menteri Sumber Manusia, Steven Sim di World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur pada Khamis.


Beliau turut memaklumkan, satu sesi libat urus bersama pihak majikan dan wakil pekerja gig akan diadakan pada 30 Ogos hadapan, sebagai sebahagian usaha memperkukuh kandungan RUU tersebut.


Sementara itu, sebagai menyentuh soal perlindungan sosial pekerja gig, Ahmad Zahid menekankan keperluan meningkatkan kesedaran dalam kalangan pekerja gig untuk mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).


"Daripada 1.12 juta pekerja gig, hanya 188,000 dari sektor p-hailing dan 132,000 dari sektor e-hailing yang telah mencarum. Ini menunjukkan masih ramai lagi yang belum dilindungi," katanya.


Beliau berkata, kerajaan akan melancarkan kempen kesedaran secara besar-besaran bagi memastikan lebih ramai pekerja gig mendapat perlindungan sosial yang sepatutnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page