top of page

RUU Pekerja Gig 2025 tangani masalah caruman PERKESO

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 28
  • 1 min read

ree

Oleh: Akmal Manaf


Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig 2025 bakal memperkenalkan perubahan penting apabila pekerja dalam sektor berkenaan akan menikmati pelindungan kendiri secara pascabayar berbanding kaedah prabayar yang digunakan ketika ini.


Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong (gambar) berkata, di bawah pelaksanaan RUU itu, jumlah potongan yang dikenakan adalah sebanyak 1.25% daripada pendapatan bersih pekerja, iaitu selepas ditolak komisen dan tip yang diterima.


''Dalam erti kata lain, (kalau pendapatan) RM1 hanya dipotong RM0.1 sen berbanding dengan keadaan sekarang di mana pencarum perlu membayar secara sekaligus (lumpsum) untuk Pelan Lindung Kendiri yang menawarkan empat pakej, bermula paling murah dari RM157.20 setahun hingga RM592.80 setahun bagi pakej paling mahal.


''RUU yang ada di depan kita ini bukan dirangka atau ditulis daripada imaginasi dan khayalan menteri di pejabat berlantaikan marmar dan di kantor yang berhawa dingin.. tidak.


''RUU ini dikarang daripada pungutan suara dan aspirasi rakyat khususnya pemegang taruh dalam sektor gig,'' katanya ketika membentangkan bacaan kali kedua RUU itu di Dewan Rakyat hari ini.


Steven Sim menyifatkan, keselamatan sosial merupakan antara elemen yang penting yang diutamakan dalam RUU tersebut.


Pada masa ini, katanya, melalui Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789), pekerja gig dalam sektor e-hailing dan p-hailing memang diwajibkan mencarum dengan PERKESO.


Namun ujarnya, akta yang dipinda sejak 2017 itu mempunyai beberapa kelemahan khususnya dari segi kebolehkuatkuasaan


''Justeru, RUU Pekerja Gig 2025 antara lain bertujuan untuk menangani kelemahan kebolehkuatkuasaan dalam Akta sedia ada, dengan memperkenalkan mekanisme potongan caruman secara automatik melalui integrasi sistem Penghantaran Program Aplikasi (API) dengan sistem yang disediakan oleh platform,'' katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page