top of page

RUU Parlimen Berpenggal Tetap wujudkan kestabilan politik, ekonomi



Cadangan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi agar kerajaan mewujudkan Rang Undang Undang (RUU) Parlimen Berpenggal Tetap, iaitu tidak boleh melantik Perdana Menteri (PM) lain selepas PM mengangkat sumpah pada awal penggal sangat sesuai untuk dilaksanakan berdasarkan situasi semasa.


Bagi Pengarah Komunikasi UMNO Malaysia, Datuk Lokman Noor Adam, RUU berkenaan penting untuk mengelakkan propaganda di media sosial mendakwa kerajaan akan bertukar tangan diuar uar pada setiap bulan, biar pun tiada asas munasabah.


Katanya, meskipun kerajaan tidak bertukar tangan sejak lebih setahun Datuk Seri Anwar diangkat sebagai PM namun khabar angin yang tidak berkesudahan telah menakutkan pelabur untuk menanam modal, dan boleh dijadikan senjata oleh pembangkang mensabotaj pemulihan ekonomi negara.


"(RUU) ini telah dicadangkan oleh Datuk Seri Zahid Hamidi, untuk selepas ini diwujudkan satu undang undang yang mana bila kerajaan sudah dibentuk maka kerajaan itu akan wujud selama satu penggal pilihanraya


"Maknanya tidak ada lagi cerita tebuk atap menukar kerajaan sekerat jalan, dan saya rasa ini adalah satu cadangan yang sangat baik. Saya menyokong penuh perkara ini dan berharap ianya dilaksanakan seberapa segera


"Lebih lebih lagi zaman keterdesakan PN ini untuk menebuk atap. Kerja jadi kerengga yang tidak pernah berhenti sedikit sebanyak mengganggu pentadbrian negara.


"Pada masa sama menyebabkan rakyat berada dalam keadaan gundah gulana atau resah gelisah bimbang kerajaan akan bertukar, pelabur akan lari dan ekonomi menguncup semula," katanya dalam siaran langsung Facebook malam tadi.


Mengenai tohmahan pembangkang kononnya Kerajaan Madani pada waktu ini terdesak untuk mengekalkan kuasa, Lokman berkata hal itu tidak benar sama sekali.


Katanya, sepanjang pembentukan kerajaan dipropagandakan sejak 14 bulan lalu, tiada satu pun usul untuk menumbangkan kerajaan di Dewan Rakyat, namun spekulasi kerajaan tumbang tetap menjadi mainan PN.


"Yang cakap terdesak sebenarnya orang yang terdesak nak tukar kerajaan. Kalau tanya geng Takiyuddin, Samsuri, Muhyiddin, Hj Hadi, mana yang dah jadi kluster mahkamah dan boleh jadi kluster, memang mereka tedesak nak tukar kerajaan.


"Kita tidak mahu macam penggal lepas sepanjang tempoh (penggal) Agong (berkuasa) ada 4 PM. Keadaan tak stabil menyebabkan berlaku darurat. Kalau seseorang diangkat jadi PM dan kekal kita akan lihat politiking berkurangan.


"Pembangkang pun akan jadi pembangkang berkesan, lakukan check and balance, daripada (asyik bekerja) nak menjatuhkan kerajaan," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page