Majlis Iftar, Sumbangan Raya Asnaf Bukit Beruntung eratkan ukhwah komuniti
- Redzuan Shamsudin

- 1 hour ago
- 1 min read

Oleh: ShaifulAnnuar Sulaiman
Program Ihya’ Ramadan melalui Majlis Iftar dan Penyampaian Sumbangan Raya kepada golongan asnaf dari Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung berlangsung meriah di Dewan Udaimatunnur, Bukit Beruntung, Selangor.
Program yang diadakan dari jam 5.30 petang hingga 9.30 malam itu menghimpunkan masyarakat setempat bersama beberapa pertubuhan bagi menyantuni golongan asnaf sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan.
Majlis tersebut dianjurkan hasil kerjasama beberapa organisasi termasuk Pertubuhan Kebajikan Otai Reformis Malaysia (PKORM), Rukun Tetangga, IKRAM Hulu Selangor, IRIS’26 serta komuniti Geekoba.

Program berkenaan bertujuan membantu golongan asnaf membuat persiapan Aidilfitri di samping mengeratkan hubungan dalam kalangan masyarakat.
Para penerima terdiri daripada golongan asnaf dari kawasan Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung termasuk reformis sekitar Hulu Selangor yang turut menerima sumbangan bagi meringankan beban menjelang Aidilfitri.
Program diserikan dengan majlis berbuka puasa bersama para tetamu, sukarelawan dan komuniti setempat yang hadir, sekali gus menyemarakkan semangat kebersamaan dalam membantu golongan yang memerlukan.
Antara yang hadir ialah Yang Dipertua IKRAM Hulu Selangor, Romzi Ishak; Setiausaha PKORM, Shaiful Anuar Sulaiman; Pengerusi Tetap IKRAM Hulu Selangor, Ramle Mey; serta Pengerusi NGO Geekoba, Mazli Wan Othman.
Penganjur berharap program seumpama itu dapat diteruskan pada masa hadapan bagi menyemarakkan semangat kebajikan dan keprihatinan masyarakat terhadap golongan yang kurang bernasib baik khususnya sepanjang bulan Ramadan.




Comments