top of page

RUU lompat parti: Kongres khas perlu dipanggil pinda perlembagaan KEADILAN



Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 dan Peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti yang telah diluluskan oleh Parlimen minggu lalu mewajarkan KEADILAN meminda perlembagaan parti bagi menyesuaikan diri dengan RUU berkenaan.


Menurut Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Cabang Kemaman, perlembagaan parti amat perlu dipinda sebelum Pilihan Raya Umum ke 15 agar keyakinan rakyat kembali pulih untuk mengundi calon calon KEADILAN


"AMK Kemaman menggesa kepimpinan KEADILAN supaya segera mengadakan kongres khas bagi meminda perlembagaan parti supaya selari dengan undang-undang anti lompat parti yang diluluskan oleh Dewan Rakyat baru-baru ini


"Pindaan perlembagaan parti ini penting bagi memastikan episod pengkhianatan Langkah Sheraton tidak lagi berlaku di masa akan datang," kata kenyataan Unit Penerangan AMK Kemaman.


Menurut kenyataan itu lagi, KEADILAN yang merupakan parti terbesar dalam Pakatan Harapan sentiasa menjadi titik fokus rakyat dan sebarang perubahan positif dalam parti itu akan menguatkan keyakinan rakyat untuk memberi undi kepada gabungan.


"KEADILAN sebagai parti tonggak dalam Pakatan Harapan mesti bertindak cepat dan menjadi contoh kepada parti-parti lain selaras dengan misi untuk menjadi parti politik yang unggul di Malaysia," kata kenyataan itu lagi.


RUU anti lompat parti dijangka diwartakan sebagai akta pada September 2022 dan parti parti politik boleh merobah perlembagaan parti sesuai dengan akta tersebut.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page