top of page

RUU Kewangan 2023 lulus dalam bacaan kali kedua

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 3, 2023
  • 1 min read


Dewan Rakyat petang ini telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kewangan 2023.


Kelulusan itu dibuat selepas Timbalan Menteri Kewangan Steven Sim Chee Keong membentangkan RUU itu untuk bacaan kali kedua.


Dalam pembentangannya beliau berkata, berkata RUU berkenaan bagi menguatkuasakan langkah-langkah cukai yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2023, selain melaksanakan keputusan kerajaan berkenaan penambahbaikan pentadbiran cukai yang memerlukan pindaan kepada akta-akta berkaitan.


Pindaan tersebut termasuk meminda subseksyen 3(3) Akta Kewangan 2018 [Akta 812] dengan menggantikan perkataan “dan 2022” dengan perkataan “2022, 2023 dan 2024” bagi melanjutkan pelepasan cukai pendapatan individu untuk simpanan bersih tahunan ke dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).


"Tahun hadapan, kita akan melihat semula dasar ini dan mengambil maklum balas daripada semua pihak termasuk pihak pembangkang untuk membuat keputusan seterusnya," katanya dipetik Bernama.


Sementara itu, pindaan lain termasuk memperluas skop pelepasan cukai bagi perbelanjaan rawatan perubatan untuk meliputi kos pemeriksaan, intervensi awal dan rawatan pemulihan bagi anak-anak kurang upaya pembelajaran seperti autisme dan kecelaruan hiperaktif kurang daya tumpuan diberi potongan cukai terhad sebanyak RM4,000.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page