top of page

RUU Kawalan Tembakau akan dibentang semula Mei ini



Rang Undang Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 bakal dibentang semula pada sidang Dewan Rakyat seawal Mei ini.


Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dalam satu sidang media di bangunan Parlimen pada Rabu memaklumkan, RUU itu tidak sempat dibentangkan pada sesi Dewan Rakyat yang sedang berlangsung waktu ini.


"Kita dalam usaha mempercepatkan pembentangan (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok. Ia akan dibuat secepat mungkin dan kalau dapat, sesi akan datang kita akan cuba," jelasnya.


Ahli Parlimen Sekijang itu sebelumnya diminta mengulas gesaan sebuah badan pemikir kesihatan supaya kerajaan menumpukan usaha merombak semula RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok atau Generasi Penamat (GEG).


Ia berikutan syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan, Sains dan Inovasi pada Julai tahun lalu yang mengesyorkan penguatkuasaan larangan merokok kepada individu yang lahir pada 2007 dan ke atas atau GEG ditangguhkan selama tiga tahun.


Penangguhan itu dicadangkan bertujuan memberikan tempoh persediaan mencukupi kepada semua pihak berkaitan.


Sementara itu, Zaliha ketika mengulas mengenai cadangan mengenakan cukai bagi produk vape berkata, kerajaan dalam proses melaksanakannya.


"Kerajaan ada usaha untuk (melaksanakan) ‘vape tax’ (cukai vape) itu, tapi kita sedang dalam usaha untuk mempercepatkan pembentangan RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok," katanya lagi.

0 comments

תגובות


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page