top of page

RUU e-Dagang tangani masalah urus niaga produk atas talian - Dr Fuziah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 7 minutes ago
  • 2 min read

Dr Fuziah dalam majlis pra pelancaran Persidangan e-Dagang ASEAN di Kuala Lumpur, pagi tadi
Dr Fuziah dalam majlis pra pelancaran Persidangan e-Dagang ASEAN di Kuala Lumpur, pagi tadi

Oleh: Akmal Manaf


Rang Undang-Undang (RUU) e-Dagang dijangka dibentangkan di Parlimen pada hujung tahun ini, kata Senator Datuk Dr Fuziah Salleh.


Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) itu berkata, tujuan utama RUU berkenaan antaranya adalah untuk memastikan keadilan kepada semua pihak termasuk penyedia platform, penjual, ejen pemasaran ‘affiliate’ dan pengguna.


Beliau menyifatkan, RUU tersebut sebagai langkah penting bagi mengawal selia sektor perdagangan digital yang semakin pesat berkembang.


''Kita telah menyediakan penanda aras, kumpulan fokus, penilaian impak kawal selia (RIA) termasuk draf yang telah disiapkan, namun ia perlu mendapat kelulusan Jemaah Menteri dan Peguam Negara untuk dibentangkan.


''Kita amat berharap (RUU) dapat dibentangkan pada hujung tahun ini kerana dalam e dagang, (jurang) enam bulan dianggap sudah lambat kerana evolusinya begitu pantas.


''Pada masa sama, pasukan turut berusaha bersungguh-sungguh, malah pihak konsultan juga banyak membantu kita,'' katanya ketika sidang media selepas majlis pra pelancaran Persidangan e-Dagang ASEAN di ibu negara hari ini.


Mengulas mengenai intipati utama RUU berkenaan, Dr Fuziah berkata ia berpaksikan kepada keadilan untuk semua pihak berkepentingan.


Katanya, aspek yang diambil kira termasuk kepentingan penyedia platform, penjual, ejen pemasaran 'affiliate' dan pengguna.


''Sebagai contoh, ada penjual merungut caj dikenakan pemilik platform terlalu tinggi. Pengguna pula mengadu bahawa penjual tidak berdaftar dan gagal menunaikan janji produk seperti diiklankan.


''Jadi, RUU yang akan kita cadangkan ini bakal melihat kepada semua aspek tersebut bagi memastikan keadilan dapat diberikan kepada semua pihak berkepentingan dalam industri,'' ujarnya lagi.


Untuk rekod, kajian Semakan Semula Perundangan E-Dagang yang dimulakan sejak April tahun lalu antara lain bertujuan mewujudkan kerangka undang-undang lebih responsif dalam mengawal selia industri e-dagang dan melindungi kepentingan pengguna.


Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, antara akta yang berkait secara langsung dengan sektor e-dagang di bawah kementerian ialah Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan Akta Perdagangan Elektronik 2006.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page