RUU anti lompat: Yakinkan rakyat khianat mandat perbuatan keji - Fadhlina



Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 dan Peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti telah pun diluluskan dalam persidangan Dewan Rakyat minggu lalu.


Namun ahli politik perlu menerangkan kepada pengundi mengenai kehodohan perbuatan khianat mandat pilihan raya sehingga digubal RUU anti lompat berkenaan.


Menurut Ketua Wanita KEADILAN, Senator Fadhlina Sidek, naratif kehodohan melompat parti itu perlu dikehadapankan agar pengundi beringat dan tidak memilih wakil rakyat yang mempunyai kecenderungan berbuat demikian dalam pilihan raya.


"Kita konsisten RUU ini sejak awal kerana ia ada dalam manifesto kita. Kita cuba jalankan dalam masa 22 bulan (memerintah) dan kita tidak dapat bertahan. Maka dengan MoU (kerjasama politik) kita teruskan RUU


"Bagi saya penerangan meyakinkan rakyat berkaitan RUU ini penting. RUU ini tidak hanya tentang lompat tetapi perlu beri pandangan lebih keji, kerana ini adalah RUU anti pembelotan, anti khianat, anti penjual maruah dan anti rasuah.


"Kita perlu nampakkan nilai ini, kenapa RUU ini sangat penting," katanya dalam program Wawancara Sinar Harian bertajuk "Akta Lompat Parti: Tamat riwayat 'katak politik'", semalam.


Bagi Senator Dewan Negara itu, demokrasi biar pun memberi kebebasan individu memilih dan berpersatuan tetapi mandat rakyat perlu diutamakan.


Katanya, RUU anti lompat sangat berguna untuk menavigasi moral politik para wakil rakyat selepas ini.


"RUU penting sebagai kompas moral bagi ahli politik. Kerana kita bercakap tentang mandat rakyat yang dicurangi oleh ahli politik dan kemudiannya kita bercakap tentang mengembalikan mandat (keyakinan untuk mengundi) ini.


"Kita kembalikan mandat supaya kepercayaan rakyat kembali subur," katanya.


Menjawab soalan moderator apakah katak politik mungkin mempunyai pedoman tersendiri dalam mengalih sokongan seperti untuk membentuk kerajaan yang lebih baik, Fadhlina menolak andaian demikian kerana pengalaman beliau dalam KEADILAN ahli politik yang berpaling bukanlah berasaskan faktor moral.


"Saya rasa dalam pengetahuan kita, yang melompat ini tidak ada prinsip sebab itulah dalam Dewan Rakyat ditegaskan oleh Ketua Pembangkang kenapa tiada siasatan dalam isu lompat. Kita yakin jika ada siasatan, kita lihat apakah tawaran yang diberikan kepada mereka ini.


"Bukan sahaja duit, termasuk kedudukan dan jawatan yang mesti disiasat tetapi tidak ada," katanya.


Bagaimanapun Fadhlina berkata, RUU yang telah diluluskan tidak sepenuhnya mengikut apa yang dikehendaki oleh Pakatan Harapan


Meski begitu, sekurang kurangnya RUU itu akan menghalang lompatan politik secara individu.


"Dalam ucapan Ketua Pembangkang sewaktu mengulas RUU ini, banyak aspek yang kita cadangkan dari PH tidak termasuk dalam pindaan tetapi tidak bermakna ia tidak boleh diteruskan.


"Tetapi harus kita bezakan, kerana kita telah pastikan (selepas lulus RUU) tidak akan ada lompat individu. Akan ada kemungkinan segerombolan, iaitu parti akan keluar.


"Saya rasa itu bukan yang sukar untuk kita ramal. Barangkali Umno akan bersama PKR, siapa tahu, yang mahu Datuk Ser Anwar jadi PM sebagai contoh


"Saya ingat dalam konteks itu (parti mengubah sokongan) ada kemungkinan berlaku. Namun sekarang sekurang kurangnya kita telah sekat perkara paling asas, maknanya pengkhianatan tidak boleh berlaku dalam disiplin parti, konteks individu dan konteks menyelamatkan mandat rakyat," katanya.


Menyentuh mengenai recall election yang dilakukan di sesetengah negara dalam menangani tindakan menukar parti, Ketua Wanita KEADILAN itu berkata RUU yang telah diluluskan boleh ditambahbaik kemudian kerana terdapat isu isu yang boleh ditangani secara lebih berkesan melalui konsep recall tersebut.


"Kedudukan itu telah kita bicarakan bagaimana recall election untuk kembalikan mandat rakyat. Tetapi saya kata barangkali kita tidak nampak kepentingan recall ketika ini kerana kita perlu melakukan pindaan segera dalam beberapa perkara, terutama Perlembagaan Persekutuan


"Tetapi isu recall ini memang panjang dan mendapat perhatian dari Ahli Parlimen yang mahukan recall. Kedudukan ini kita akan lihat dari semasa ke semasa.


"Recall ini juga boleh beri jaminan kepada anti lompat," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER