RUU Anti Lompat Parti: Satu lagi sidang khas Parlimen akan diadakan

Updated: Apr 8



Rang Undang Undang (RUU) Anti Lompat Parti akan tetap dibentangkan biar pun hasrat awal untuk membentangkannya pada sidang khas Parlimen 11 dan 12 April ini gagal dilaksanakan.


Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pemandu Transformasi dan Kestabilan Politik, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail petang ini, satu lagi sidang khas Dewan Rakyat akan dipanggil dalam masa terdekat bagi membentangkan RUU Anti Lompat Parti berkenaan.


Manakala dalam pertemuan jawatankuasa pemandu Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) di Hotel Hilton, Kuala Lumpur tengah hari tadi, kedua dua pihak telah mencapai kata sepakat mengenai beberapa tindakan susulan yang akan dilakukan berkaitan RUU tersebut.


"Antara perkara yang telah dipersetujui kedua dua pihak adalah untuk memberi sokongan kepada pindaan Perlembagaan Persekutuan melibatkan penggubalan punca kuasa di bawah Perkara 10 bagi memberi kuasa untuk penggubalan akta baharu berkaitan larangan ahli Dewan Rakyat bertukar parti.


"Draf awal akta tersebut akan diedarkan untuk penelitian ahli Jawatankuasa Pemandu Transformasi dan Kestabilan Politik sebelum sidang khas Parlimen pada 11 April 2022


"Selain itu, kedua dua pihak bersetuju untuk satu lagi sidang khas Parlimen diadakan bagi membentang, membahas, dan meluluskan undang undang berkaitan dalam masa terdekat yang akan diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, selaras dengan Peraturan 11 (3), Peraturan peraturan Dewan Rakyat dan Dewan Negara," kata kenyataan berkenaan.




Bagaimanapun, sidang khas Parlimen pada 11 dan 12 April ini akan tetap membahaskan pindaan Perlembagaan beberapa perkara yang menyangkut RUU Anti Lompat Parti


"Menteri di Jabatan Perdana Menteri menjelaskan sidang khas Parlimen yang dijadualkan pada 11 dan 12 April ini akan diteruskan seperti yang dirancang untuk membentang dan membahaskan RUU Perlembagaan (pindaan) (No 3) 2022.


"Kedua dua pihak menyatakan komitmen akan memberi sokongan bagi membolehkan RUU itu mendapat majoriti 2/3 dalam sidang khas Parlimen pada 11 dan 12 April 2022," kata kenyataan itu lagi.


Pindaan Perlembagaan pada 11 April ini akan membuka jalan kepada kewujudan Akta Anti Lompat Parti pada masa hadapan. Bagaimanapun penganalisis politik berpendapat perlu lebih banyak masa untuk meyakinkan Ahli Parlimen Kerajaan terutama dari Bersatu dan Pas untuk menyokong Akta Anti Lompat Parti.


Media melaporkan Ahli Parlimen Bersatu menentang akta berkenaan manakala Pas pula bersikap 'Atas Pagar'.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER