top of page

RUU Anti Lompat Parti: PH kecewa PM gagal panggil sidang khas Parlimen



Pakatan Harapan (PH) kecewa terhadap kegagalan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang gagal memanggil Sidang Khas Parlimen berhubung perbahasan Rang Undang undang (RUU) Anti Lompat Parti sebagaimana dijanjikan.


Menurut Majlis Presiden PH, Sidang Khas Parlimen sepatutnya diadakan pada bulan ini dinyatakan namun tiada sebarang perkembangan lanjut berhubung hal itu.


"Majlis Presiden PH kecewa di atas kegagalan Kerajaan memanggil Sidang Khas Dewan Rakyat khusus untuk membentang RUU Anti Lompat Parti seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini.


"Walaupun begitu, PH berharap RUU tersebut akan dapat dibentang, dibahas dan diluluskan pada minggu pertama sidang Dewan Rakyat yang bermula pada 18 Julai ini," kata mereka dalam satu kenyataan.


Menurut Majlis Presiden lagi, dengan meluluskan RUU tersebut maka 15 dari 18 Perkara dalam Memorandum Persefahaman (MoU) di antara PH dan Kerajaan Persekutuan akan tercapai, bersamaan dengan kejayaan pelaksanaan sebanyak 83 peratus.


Jelas mereka, hanya terdapat 3 perkara MoU yang masih belum dilaksanakan iaitu, menetapkan had 2 penggal atau 10 tahun bagi Perdana Menteri; membentang RUU Perkhidmatan Parlimen dan meminda Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.


"Oleh itu, pimpinan utama PH akan mengadakan pertemuan segera bersama PM bagi membincang RUU Anti Lompat Parti ini serta perkara perkara di atas," kata mereka lagi.


Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook dan Presiden UPKO Datuk Seri Panglima Madius Tangau

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page