top of page

RUU Anti Lompat Parti perlu diluluskan elak krisis politik serius masa hadapan - Shamsul

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Apr 9, 2022
  • 3 min read


Kegagalan kerajaan BN untuk membentangkan Rang Undang Undang (RUU) Anti Lompat Parti pada 11 April ini tidak boleh dijadikan alasan untuk melengahkan pembentangan RUU itu seterusnya.


Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, RUU Anti Lompat Parti amat penting dimiliki negara bagi mengelakkan berlakunya krisis politik yang lebih serius pada masa hadapan.


"RUU ini bukan satu perkara yang main main kerana kita tahu ia boleh menjatuhkan kerajaan yang dipilih rakyat.


"Kita tahu 2018 itu berlaku pilihan raya di mana rakyat memilih Pakatan Harapan (PH) tetapi oleh kerana berlaku lompat parti, kerajaan jatuh.


"Kita melihat 2 - 3 hari ini berlaku di Pakistan apabila PM Imran Khan berhadapan keadaan kritikal kerana komposisinya lompat, tarik sokongan. Kemudian beliau bawa perkara ini di Dewan Rakyat, ada usul tidak percaya, beliau bubarkan dewan, Mahkamah Agung Pakistan pula buat keputusan perlu Undi Tidak Percaya pula dalam dewan.


"Jadi perkara ini kalau kita lihat negara Pakistan juga berhadapan masalah lompat atau 'katak politik'.


"Bagi pihak KEADILAN kita konsisten sejak awal, kita mahu reformasi politik. Sesiapa yang dipilih oleh rakyat perlu kekal, kalau lompat maka perlu pilihan raya kerana dia mengkhinati mandat yang diberikan rakyat.


"Saya nak ambil kesempatan untuk desak Menteri YB Junaidi umum siapa di kalangan kabinet yang tidak setuju perkara ini (RUU) sebab ada kalangan menteri kabinet tidak mahu perubahan yang lebih baik dalam sistem politik kita," katanya dalam bual bicara "Ramadan: Puasa Daripada Berpolitik Atau Reset Strategi?", malam tadi.


Bagaimanapun Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu tidak bersetuju kepada pendapat popular agar Pakatan Harapan (PH) menarik sokongan dari Memorandum Kerjasama (MoU) bersama Kerajaan Persekutuan kerana kegagalan membentang RUU Anti Lompat Parti.


Menurut Shamsul, sekiarnya PH menarik sokongan maka kerajaan Perdana Menteri (PM) Ismail Sabri Yaakob mungkin tumbang dan Pilihan Raya Umum (PRU) terpaksa dilakukan dalam keadaan rakyat tidak bersedia.


"Dilema ini kalau kita tarik sokongan pilihan PM tak banyak. Beliau terpaksa mengadap Yang diPertuanAgong untuk mencadangkan PRU dibuat. Adakah dalam masa ini rakyat mahukan PRU?


"Ramai tahu beberapa tokoh politik kluster mahkamah masih bergentayangan di luar. Kalau misalnya belum selesai kes kes ini maka ia tentu beri peluang mereka bertanding. Kita tidak mahu watak seperti ini bertanding sebagai Ahli Parlimen


"Pada saya kita selesaikan perkara ini, yang dihadap mahkamah harus dibenarkan proses mahkamah.


"Akan tiba waktu sesuai, kini ekonomi terdesak tetapi kita dihadapkan PRU. Apa makna kalau yang keluar mengundi 50%? Ini tidak mencerminkan demokrasi yang sebenar yang sepatutnya ditunjukkan.


"Rakyat pada tahap ini tidak mampu mengambil bahagian dalam PRU," ujarnya.


Ditanya moderator, adakah ketakutan PH akan kalah dalam PRU sebagaimana kekalahan dalam siri Pilihan Raya Negeri (PRN) sebagai penyebab sebenar mereka enggan menarik diri, Shamsul tidak bersetuju.


Menurut beliau, banyak faktor tidak mengharuskan pembubaran Parlimen pada waktu ini, terutama tidak banyak negeri yang akan ikut PRU berbanding jika ia dilakukan pada tahun hadapan.


"Sebagaimana disebut, ada 3 negeri di bawah kepimpinan Pas sudah nyatakan pendirian tidak ikut PRU. PH juga nyatakan 3 negeri di bawah pentadbirannya tidak ikut.


"Maka yang ikut hanya 3 negeri (BN) sahaja. Apa rasionalnya kalau 3 negeri sahaja disekalikan dengan PRU? Ini perlu dilihat dengan teliti


"Kita juga kena lihat faktor rakyat tidak keluar mengundi dalam PRN lepas kerana mereka bimbang Covid atau mereka rasakan lelah politik, atau ada keutamaan lain berbanding keluar mengundi.


"Kalau betul Malaysia ingin bergerak selangkah ke hadapan dalam demokrasi, pemimpin politik harus lebih jujur. Saya percaya kalau di Johor atau Melaka keluar mengundi 80% dan Umno menang besar maka mereka boleh katakan rakyat telah beralih arah.


"Tetapi kita lihat pengundi yang menyokong Umno itu 37 - 40% sahaja. Jadi Umno tidak boleh mendabik dada kerana Umno masih di bawah 50% sokongan," katanya lagi.


Justeru, Shamsul mengharapkan PRU 15 akan disertai lebih banyak pengundi terutama Undi 18 yang dilihat masih tidak banyak kesedaran untuk keluar sebagai pemilih biar pun telah didaftarkan secara automatik.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page