Rang Undang Undang (RUU) Anti Lompat Parti yang dijadual akan dibentang pada sesi sidang Dewang Rakyat Mac ini perlu diteruskan berdasarkan persetujuan dalam memorandum kerjasama (MoU) Kerajaaan Persekutuan dan Pakatan Harapan.
Menurut Ahli Parlimen Subang, Wong Chen, sekiranya RUU itu gagal dibentangkan maka kerajaan dianggap melanggar terma perjanjian dan PH mungkin menarik dari dari MoU.
Bagaimanapun, katanya sehingga hari kerajaan BN masih belum memaklumkan kepada PH keputusan sama ada RUU tersebut akan dibentangkan ataupun tidak.
"Kita (PH) belum terima keputusan kerajaan tentang status terkini RUU. Sekiranya ia tidak dibahas pada sesi ini, maka kerajaan akan melanggar terma persefahaman.
"Ini bermakna PH mempunyai pilihan untuk membatalkan persefahaman (tersebut)," katanya kepada Suara Keadilan.
Wong Chen berkata, RUU itu sekiranya diluluskan pasti akan meningkatkan keterujaan rakyat untuk membuang undi dalam Pilihan Raya Umum ke 15 berbanding kesuraman keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri Melaka dan Sarawak sebelum ini.
"Kalau diluluskan saya rasa lebih (ramai) rakyat akan mengundi.
"Dan satu faktor besar, ramai rakyat tak nak mengundi adalah kerana gejala lompat parti selepas pilihan raya," katanya.
Ahli politik Kerajaan BN seolah olah keberatan untuk menyegerakan pembentangan RUU Anti Lompat Parti berdasarkan jawapan jawapan yang diberikan mereka kepada media.
Dalih yang sering digunakan adalah definisi tepat mengenai tindakan melompat parti yang tidak dapat dipersetujui bersama
Bagi pihak PH, tidak timbul isu definisi 'melompat' kerana umum mengetahui tindakan tersebut sekiranya dilakukan maka kerajaan akan tumbang.
Yorumlar