PM Anwar lawat Rusia mulai esok
- Suara Keadilan
- May 12
- 1 min read

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan rasmi dua hari ke Rusia mulai esok.
Menurut Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah, lawatan itu adalah di atas jemputan Presiden Vladimir Putin bagi mengeratkan hubungan dua hala selepas Malaysia diterima menjadi rakan kerjasama BRICS.
"Beliau (PM) dijadual mengadakan lawatan rasmi ke Rusia dari 13 - 16 Mei atas undangan Presiden Rusia Vladimir Putin.
"Lawatan ini merangkumi lawatan ke Moscow dan Kazan, Tartastan. Semama di Moscow PM akan berucap di Moscow State Institute of International Relation University, mengadakan perjumpaan dengan ahli perniagaan Rusia dan mengadakan perjumpaan dengan diaspora Malaysia di Moscow," katanya dalam Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri hari ini.
Selepas melawat Moscow, Anwar dijadual akan mengunjungi bandar Kazan untuk menyampaikan ucapan di sana.
Lawatan ini adalah kali kedua dilakukan PM ke Rusia. Lawatan pertama pada persidangan Forum Ekonomi Timur Kesembilan (EEF) berlangsung pada 3 hingga 6 September di bandar Timur Jauh Rusia, Vladisvostok tahun lalu.
Comments