top of page

Proses pemilihan dilaksanakan telus, setiap aduan diteliti - Ahmad Kassim

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 4 minutes ago
  • 1 min read


Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Datuk Ahmad Kassim menolak dakwaan Timbalan Presiden KEADILAN Datuk Seri Rafizi Ramli mengenai kelemahan Pemilihan KEADILAN 2025.


Menurut beliau semua proses pemilihan dijalankan secara telus selaras dengan peraturan sedia ada. Manakala setiap aduan dan bantahan yang dikemukakan telah diberi perhatian serius.


Dalam pada itu, katanya, Rafizi adalah sebahagian daripada ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan Biro Politik, dan perkembangan penting dilaporkan secara berkala kepada majlis tertinggi parti itu dan sudah pasti Rafizi mengetahui langkah-langkah yang telah diambil.


"Peraturan secara jelas menetapkan setiap bantahan atau rayuan hendaklah disertakan dengan bukti yang mencukupi dan beban pembuktian terletak pada pihak yang mengemukakan bantahan atau rayuan.


"Sepanjang tempoh pelaksanaan pemilihan, JPP telah menerima 289 bantahan dan aduan yang merangkumi pelbagai peringkat proses — termasuk pencalonan, bantahan terhadap pencalonan, rayuan, pemuktamadan senarai calon, kempen dan proses pengundian.


"Kesemua aduan ini telah diteliti dengan cermat dan sebahagiannya telah dirujuk kepada Pejabat Setiausaha Agung serta Lembaga Disiplin Parti untuk tindakan lanjut berdasarkan bidang kuasa masing-masing" katanya dalam satu kenyataan.


Beliau turut memberi jaminan meskipun JPP masih dalam proses menyelesaikan aduan, maklum balas rasmi akan diberikan tidak lama lagi.


"JPP akan terus menggalas tanggungjawab ini dengan penuh iltizam untuk memastikan proses pemilihan parti dilaksanakan secara adil, bebas, bersih, telus dan berintegriti," katanya.


Sebelum ini, juruaudit bebas Yinuo Technology telah dilantik bagi menilai pemilihan peringkat cabang dan ranting KEADILAN. Juruaudit itu melaporkan bahawa sistem e-pengundian berfungsi dengan baik, walaupun terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page