top of page

RUU Akta Anti Lompat parti dibentang minggu hadapan



Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti akan dibentang di Dewan Rakyat mengikut jadual pada minggu hadapan.


Hal berkenaan dinyatakan oleh Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas pertemuan pemimpin Pakatan Harapan bersama Perdana Menteri di Parlimen tengah hari tadi.


"Saya bersama saudara Mohamad Sabu dan Lim Guan Eng mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di Parlimen.


"Kami mendapat jaminan daripada Perdana Menteri bahawa suatu pindaan Perlembagaan terkait Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti akan dibentang minggu depan," katanya.


Selain itu, pemimpin PH juga, menurut Anwar, mencadangkan agar dilonggarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) berkempen di Pilihan Raya Negeri Johor.


"Kami turut mencadangkan agar diberikan kelonggaran terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi memudahkan proses kempen PRN Johor," katanya.


Delegasi PH juga mengulangi pendirian berhubung penjelasan PM di Parlimen pagi tadi berhubung peranan dan tugas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang harus bertindak tanpa bersikap selektif.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page