top of page

Rusli Ibrahim meninggal dunia

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Mar 1, 2022
  • 1 min read


Adik kepada Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali ke rahmatullah pada jam 2.21 petang tadi.


Menurut anak Allahyarham, Ilyana Rusli, arwah ayahnya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang.


"Buat semua yang mengenali ayah saya mohon sedekahkan Al Fatihah buat ayahanda tercinta Rusli Ibrahim yang telah kembali ke rahmatullah hari ini 1 Mac 22, jam 2.21 petang.


"Jenazah masih di Hospital Selayang. Di jangka akan dibawa ke Masjid Al Ubudiah Taman Tasik Ampang selepas Asar untuk dimandi dan disembahyangkan," kata beliau di Facebooknya.


Tambah Ilyana, jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Tasik Tambahan Ampang dan akan dikebumikan di tanah perkuburan Ukay Perdana.


Sementara itu Anwar memohon penyokong perjuangan keadilan mendoakan roh Allahyarham Rusli ditempatkan dalam kalangan para solihin.


"Adik saya Rusli Ibrahim baru sahaja menyahut panggilan ilahi di Hospital Selayang sebentar tadi.


"Mohon teman-teman mendoakan ruhnya diberikan tempat terbaik oleh Yang Maha Esa," katanya.


Manakala Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail pula dalam ucapan takziahnya mendoakan agar roh Allahyarham Rusli dicucuri rahmat.


"Adinda Rusli Ibrahim telah menghembuskan nafas terakhir. Pejuang sejati dikala susah.


"Moga Allah mengampuni roh Rusli dan tempatkannya bersama para solihin," katanya.


Allahyarham Rusli merupakan jurucakap keluarga Anwar ketika era awal kebangkitan Reformasi pada 1998 - 2000. Beliau juga merupakan antara penggerak utama perjuangan Reformasi sejak hari pertama diisytiharkan sehingga ke penghujung hayatnya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page