top of page

Rundingan kerusi PH-BN Selangor hampir selesai



Proses rundingan kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di Selangor sudah hampir sepenuhnya selesai.


Pengerusi PH Selangor Amirudin Shari, yang juga Menteri Besar Selangor memaklumkan kedua-dua pihak menyepakati agihan 49 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan ditandingi dalam pilihan raya negeri (PRN) negeri tidak lama lagi.


Kedudukan bagi ujuh lagi kerusi dijangka dapat diselesaikan selewat-lewatnya menjelang pembubaran DUN.


"Maknanya saya boleh cakap sudah 83 peratus (agihan kerusi DUN) selesai pada tahap ini. Ia perkembangan besar selepas hanya dua kali pertemuan di peringkat negeri.


"Jadi (perbincangan) yang seterusnya akan dilaksanakan dalam minggu depan dan saya percaya kita akan mendapat kata putus,” katanya dipetik.


Naib Presiden KEADILAN itu ditemui pemberita selepas Majlis Anugerah Sukan Negeri Selangor 2021-2022 di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz.


Susulan rundingan itu, katanya keputusan akan dimuktamad oleh kepimpinan Sekretariat Kerajaan Perpaduan.


"Proses memuktamadkan (agihan kerusi) perlu dibuat oleh Perdana Menteri (Anwar Ibrahim) yang juga Pengerusi Sekretariat Kerajaan Perpaduan.


"Jadi perkara ini dalam perbincangan. Tidak ada unsur lebih ataupun kurang tetapi sepatutnya semua perlu melihat kepada kaedah kemenangan berbanding kuota dan sebagainya," katanya.


Sebagai rekod, DUN Selangor akan terbubar secara automatik pada 25 Jun depan sekiranya tiada permohonan pembubaran dibuat.


Enam negeri yang akan mengadakan PRN tahun ini iaitu Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page