top of page

Rundingan kerusi PH - BN disambung hujung minggu ini

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Apr 27, 2023
1 min read


Rundingan kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan BN masih berterusan dan akan disambung selewat lewatnya hujung minggu ini.


Hal itu dinyatakan oleh Timbalan Pengarah Pilihanraya KEADILAN, G Manivannan.


Menurut beliau, biar pun sebahagian besar kerusi telah selesai dirundingkan namun masih timbul beberapa isu bersama termasuk manifesto, logo dan sebagainya yang perlu diputuskan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Julai ini.


"Pada masa ini saya boleh sahkan rundingan mengenai pembahagian kerusi ini masih belum selesai yang membabitkan semua enam negeri untuk PRN nanti," katanya dipetik BH.


Bagaimanapun, menurut Mannivanan PH atau khususnya KEADILAN tetap bersedia menghadapi pilihanraya pada bila bila masa meskipun rundingan kerusi masih berjalan.


Katanya, jentera pilihanraya telah pun diaktifkan sejak beberapa bulan lalu.


"Untuk memasuki gelanggang PRN ini sememangnya kita sudah bersedia dan mendapat mandat supaya rundingan kerusi diselesaikan secepat mungkin bagi membolehkan kita bergerak ke proses seterusnya," katanya.


Namun berita baik kali ini, tambah Manivannan, rundingan kerusi antara PH dan BN tidak rumit kerana formula yang diterima baik kedua dua belah pihak.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page