top of page

Rundingan kerusi PH-BN capai 95 peratus



Proses rundingan kerusi antara parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri berjalan lancar.

Naib Presiden KEADILAN, Chang Lih Kang berkata setakat kini proses rundingan sudah hampir 95 peratus selesai


"Rundingan kerusi hampir selesai ... cuma ada sikit sini sana yang belum selesai, tetapi secara amnya rundingan kerusi berjalan dengan aman dan baik," katanya.


Lih Kang sebelumnya ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan RM10,000 kepada Projek Hebat II, Wau Rocketery Universiti Sains Malaysia, Nibong Tebal pada Sabtu.


Beliau sementara itu menyuarakan keyakinan gandingan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) pada PRN ini akan tampil lebih teratur sekaligus memberi nilai tambah kepada mereka itu


Sementara itu, Ketua Jabatan Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang dipetik laporan Sinar turut menyatakan pandangan sama bahawa proses itu akan selesai tidak lama lagi.


Jelasnya, semua rundingan yang dijalankan diperhalusi dari semasa ke semasa untuk mencapai persefahaman lebih baik sehingga keputusan akhir dapat dimuktamadkan.


"Setiap rundingan berteraskan formula gagasan Kerajaan Perpaduan demi memastikan pembelaan kepada rakyat serta memacu negara ke arah lebih baik, manakala berhubung pembahagian kerusi kita ada perimeter yang ditetapkan," katanya

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page