top of page

Rundingan kembalikan kerajaan mandat rakyat masih berjalan



Rundingan bagi mengembalikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) masih berjalan biar pun banyak pihak menganggap perkara itu telah berakhir.


Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil berkata, usaha menubuhkan kerajaan Pakatan Harapan Plus tetap terus dilakukan meskipun tiada kenyataan dari mana-mana pimpinan mengenainya.


"Mengikut kenyataan media Majlis Presiden PH, Majlis Presiden memberikan mandat penuh kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang dan juga Pengerusi PH untuk berbincang dengan semua pihak.


"Dalam kenyataan itu, (pihak yang dibawa berunding) termasuklah Datuk Seri Shafie Apdal dan juga Tun Mahathir, dalam usaha mengembalikan mandat rakyat," kata Fahmi ketika menjawab soalan wartawan dalam sidang media di Parlimen petang tadi.


Perundingan menubuhkan kerajaan PH Plus dianggap banyak pihak tidak mungkin menjadi kenyataan selepas blok 'Bersatu Hitam' Tun Mahathir dan parti Warisan Shafie Apdal mengisytiharkan mereka sebagai blok Bebas beberapa hari sebelum sidang Parlimen bermula pada 13 Julai lalu.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page