top of page

Rundingan dengan AS: Malaysia sasar sifar tarif

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 2 min read


Oleh: Helmi Mohd Foad


Malaysia meletakkan sasaran bagi mencapai persetujuan dengan Amerika Syarikat (AS) agar eksport negara ini tidak dikenakan sebarang tarif terutamanya melibatkan sektor-sektor penting, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz.


Beliau berkata rundingan dengan AS sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kadar tarif timbal balas yang sebelum ini diletakkan pada kadar 24 peratus.


"Dalam perbincangan kita dengan pihak AS, kita menyatakan objektif utama pertemuan adalah bukan sahaja nak kurangkan tarif, tetapi kita nak pergi kepada 'zero'.


"Kalau boleh tidak ada tarif dikenakan ke atas negara kita dan dalam rundingan yang akan bermula, kita juga meneruskan objektif kita supaya kita dapat sekurang-kurangnya mengurangkan.


"Tetapi objektif utama ialah nak memastikan negara kita tidak dikenakan tarif terutama dalam sektor-sektor tertentu dan penting bagi negara kita," kata Tengku Zafrul pada sidang media selepas menggulung perbahasan pada sidang khas Dewan Rakyat mengenai tarif hari ini.


Tengku Zafrul berkata setakat ini Malaysia belum mencapai sebarang persetujuan rasmi dengan AS berhubung isu tarif kerana banyak perkara masih perlu diperhalusi dalam proses rundingan.


"Dalam rundingan mesti ada situasi menang-menang. Ada perkara yang perlu diberi dan ada yang perlu diterima sebagai timbal balik.


"Perbincangan awal ini bertujuan menentukan skop dan isu-isu utama yang akan dirundingkan," jelasnya.


Tengku Zafrul memaklumkan kerajaan telah menandatangani perjanjian kerahsiaan (Non-Disclosure Agreement) sebagai persediaan rundingan rasmi.


"Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan), Mastura Ahmad Mustafa yang merupakan ketua perunding Malaysia akan memulakan rundingan dengan Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR) bermula esok pagi," katanya.


AS sebelum ini mengumumkan tarif yang lebih tinggi ke atas import kepada kira-kira 60 negara, termasuk ke atas kebanyakan barangan Malaysia dengan kadar 24 peratus.


Bagaimanapun, pertadbiran AS menangguhkan penguatkuasaan kadar tarif tersebut untuk tempoh 90 hari dengan pengenaan kadar asas sementara 10%.


Pada 24 April lalu, Tengku Zafrul yang mengetuai delegasi Malaysia mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Perdagangan AS, Howard Lutnick dan Wakil Perdagangan AS, Jamieson Greer di Washington untuk membincangkan tarif timbal balik.

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page