top of page

Rundingan dagang AS-China: Presiden Xi Jinping nyata penghargaan kepada PM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 20 minutes ago
  • 1 min read

ree

Oleh: Akmal Manaf


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima ucapan penghargaan daripada Presiden China, Xi Jinping, susulan kejayaan Malaysia menjadi tuan rumah kepada perbincangan awal antara delegasi Amerika Syarikat (AS) dan China sempena Sidang ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur baru-baru ini.


Perkara berkenaan dimaklumkan Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil dalam sidang media pasca mesyuarat Kabinet hari ini yang turut membincangkan perkembangan tersebut.


"Mesyuarat Jemaah Menteri pada hari ini juga membincangkan mengenai kejayaan lawatan PM Anwar ke Korea Selatan sempena Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC).


"Semua mesyuarat dan perbincangan bilateral telah berjalan dengan lancar dan baik termasuk satu sesi ringkas antara PM Anwar dan Presiden Xi Jinping


"Dalam perbincangan ringkas itu antara yang telah disampaikan kepada PM daripada Presiden Xi, termasuk penghargaan beliau kerana beberapa kemajuan dalam perbincangan isu perdagangan antara AS dan China telah dijayakan melalui perbincangan awal delegasi AS dan China di Kuala Lumpur sewaktu Sidang Kemuncak ASEAN," katanya.


Anwar berada di Korea Selatan dari 30 Oktober hingga 1 November lalu untuk menghadiri mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi (AELM) APEC.


Sidang kemuncak selama dua hari yang menghimpunkan 21 anggota APEC bersama pertubuhan antarabangsa itu, memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh daya tahan ekonomi dan merangsang pertumbuhan di tengah ketidaktentuan yang berpunca daripada peningkatan dasar perlindungan perdagangan.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page