top of page

Rundingan 40% hasil bakal tingkat pelaburan, pembangunan, kualiti hidup rakyat Sabah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 5 minutes ago
  • 1 min read

ree

Oleh: Akmal Manaf


Keputusan Kerajaan Persekutuan tidak merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berhubung pemberian khas 40 peratus Sabah menggambarkan keikhlasan, keberanian politik dan iltizam reformasi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX), sekaligus mengembalikan hak negeri di bawah semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).


Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sabah, Mohd Nur Hilmie Milus (gambar) berkata, pihaknya percaya bahawa rundingan itu akan menjadi titik tolak kepada hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri yang lebih matang, adil dan progresif, di mana Sabah bukan lagi dianggap pinggiran, tetapi sebagai rakan pembangunan strategik dalam memacu kemajuan negara.


"Hubungan yang rapat dan mesra antara Kerajaan Sabah dengan Kerajaan Persekutuan akan membuka lebih banyak ruang pelaburan, memperkukuh pelaksanaan projek infrastruktur, mempercepatkan pembangunan tenaga dan pendidikan, serta meningkatkan kualiti hidup rakyat Sabah di seluruh pelosok negeri.


"Seiring dengan komitmen teguh PMX, kami mengulang kembali pendirian daripada kenyataan lalu menyeru agar Kerajaan Sabah yang bakal dibentuk selepas pilihanraya nanti mengambil peranan kepimpinan proaktif dalam tiga bidang teras.


"Tiga bidang itu ialah Formula dan Kaedah Pembayaran 40 peratus, kemudian Pelan Penggunaan Dana Hasil dan yang ketiga Pemerkasaan Ekosistem Pelaksana supaya manfaat usaha besar ini benar-benar dirasai oleh rakyat Sabah secara nyata dan berterusan," katanya dalam satu kenyataan.


Pendekatan itu, kata Nur Hilmie, diyakini dapat memastikan rundingan akan datang bukan sekadar simbolik, tetapi memberi manfaat langsung dan lestari kepada rakyat Sabah, selaras dengan semangat Sabah Maju Jaya.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page