top of page

Rundingan 2 baki kerusi DUN Selangor diserah ke peringkat pusat



Rundingan bagi baki dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya negeri (PRN) diserahkan kepada kepimpinan di peringkat pusat untuk keputusan selanjutnya.


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata langkah itu susulan tempoh perbincangan antara PH dan BN bagi pengagihan kerusi di Selangor sudah tamat.


"Sekarang ini, perbincangan sudah tamat dan baki kerusi akan diserahkan kepada pimpinan peringkat pusat untuk dimuktamadkan.

"Setakat ini boleh dikatakan 95 peratus pembahagian kerusi telah selesai dan boleh mula bekerja pada bila-bila masa," katanya kepada pemberita di Majlis Penutup Karnival Kerjaya Mega Selangor di Shah Alam pada Ahad.

Dalam pada itu, Amirudin berkata Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) khas yang diadakan sejak Jumaat lalu adalah untuk memastikan beberapa perkara termasuk keputusan dasar dapat diselesaikan sebelum pembubaran DUN.


"Kita dah selesaikan majoriti isu-isu yang tertunggak yang mana sekarang hanya tinggal 67 kertas kerja.


"Semasa kita ambil alih, saya ingat ada lebih 200 kes tertunggak yang tidak dimuktamadkan yang sebenarnya akan memberi kesan kepada dapatan hasil dan pergerakan terutamanya dalam hal pentadbiran dan ekonomi.


"Setidaknya, keputusan dasar tanah atau hal berkaitan pembangunan yang dipohon pemaju dapat diselesaikan dan mereka boleh membayar premium.


"Justeru, kita tidak akan terkesan sangat dari segi kutipan hasil," katanya.

0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page