top of page

Rumah Terbuka PMX: Perbezaan dalaman Pas semakin ketara



Teori yang mengatakan terdapat dua puak berbeza dalam Pas, - pro Kerajaan Persekutuan dan menentang kerajaan - menjadi ketara selepas berlakunya pertikaian mengenai penganjuran Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani bersama Perdana Menteri (PM) ke 10 (PMX).


Menurut Pengarah Komunikasi KEADILAN Malaysia, Lee Chean Chung, pendirian Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan didapati tidak selari dengan pendirian Menteri Besar Kelantan atau Terengganu yang sebelum ini mengalu alukan penganjuran rumah terbuka berkenaan.


"Saya merujuk kepada kenyataan Setiausaha Agung Pas Takiyuddin yang membantah rumah terbuka anjuran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di enam negeri sebagai satu tanda tidak konsisten pendirian sesama pimpinan Pas.


"Sebelum ini diumumkan bahawa Menteri Besar Kelantan Ahmad Yaakob dan Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengalu-alukan penganjuran majlis tersebut.


"Kemudian dikatakan Menteri Besar Kedah Pas Muhammad Sanusi dan Takiyuddin pula tidak bersetuju.


"Mengapakah Pas Terengganu dan Kelantan setuju tapi Pas Kedah dan Pas Pusat tolak? Bukankah ada saluran komunikasi dalaman parti untuk menyelesaikan perbezaan pendapat?


"Adakah pendirian bercanggah daripada parti yang sama telah mendedahkan perbedaan dalaman Pas yang semakin ketara?" tanyanya dalam kenyataan hari ini.


Selain itu, Chean Chung juga mengkritik sikap beberapa pimpinan Perikatan Nasional (PN) yang mempolitikkan segala isu termasuk Hari Terbuka Raya Aidilfitri.


Hal itu, katanya menunjukkan terdapat puak-puak yang terlalu dahagakan kuasa sehingga takut kepada bayang bayang sendiri.


"Perlu diperingatkan bahawa rumah terbuka Kerajaan Perpaduan sebenarnya merupakan satu majlis rasmi untuk meraikan Aidilfitri bersama rakyat.


"Pimpinan kerajaan negeri turut dijemput untuk bersama. Rumah terbuka Aidilfitri di Malaysia juga biasa diraikan dan dihadiri oleh rakyat pelbagai kaum sebagai satu tanda perpaduan dan muhibbah," katanya lagi.


Tegas Ahli Parlimen Petaling Jaya itu, ahli politik yang baik seharusnya menurunkan suhu politik dan tumpu kepada isu kehidupan rakyat serta ekonomi.


Justeru beliau merayu agar rakan rakan politik dalam Pas supaya menjadikan bulan yang penuh kebahagian ini sebagai memulakan pernyatuan dalam kalangan masyarakat.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page