top of page

Rumah Terbuka MADANI DUN Sentosa siri pertama meriah

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
May 7, 2023
1 min read


Rumah Terbuka MADANI DUN Sentosa siri pertama yang berlangsung di Dewan MPK Sentosa semalam meriah dikunjungi pelbagai kaum.


Menurut kenyataan Pusat Khidmat Rakyat DUN Sentosa, lebih 1,000 orang pengunjung telah hadir dan mereka disajikan pelbagai jenis juadah menarik, antaranya kambing golek.


"Sambutan luar biasa ini telah diserikan dengan persembahan artis jemputan, Anis Aneesa daripada Warner Music dengan mendendang 5 buah lagu pelbagai bahasa.


"Ahli Dewan Negeri (ADN) Sentosa Dr Gunaraj George juga telah menyampaikan duit raya kepada kanak kanak yang hadir," kata kenyataan itu.


Dr Gunaraj memberikan duit raya kepada kanak kanak yang hadir

Tambah kenyataan itu, program rumah terbuka tersebut dilaksanakan dengan kerjasama Ahli-Ahli Majlis En Prabu, En Mahendran, En Danish Hairudin, KKI Saudara Thangaraj serta Persatuan Kebajikan Anak sentosa yang diketuai oleh Datuk Rahim.


Turut serta menyerikan majlis adalah adalah ADN Sungai Kandis Ustaz Zawawi Mughni, ADN Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri, Pengerusi Biro Pekerja KEADILAN Datuk Abdullah Sani, KADO Pejabat Tanah Klang, KDEB, Pengarah Pengarah MPK dan semua agensi kerajaan yang lain.


Rumah Terbuka MADANI DUN Sentosa siri kedua dan ketiga akan diadakan di Taman Maznah dan Palma Botanic.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page