top of page

Rumah Terbuka Aidilfitri: Setiap PM ada cara sendiri

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 25, 2023
  • 2 min read


Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadualkan di enam negeri tidak wajar dipolitikkan.


Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata setiap Perdana Menteri ada cara tersendiri untuk mendekati rakyat dan sesi Rumah Terbuka Aidilfitri bersama Anwar yang dirancang bermula di Kedah pada 19 April ini adalah sebagai sebahagian medium bagi kepimpinan negara beramah mesra dengan rakyat.


"Pada tahun ini Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengadakan rumah terbuka di kediaman rasminya seperti kebiasaannya yang dilakukan setiap Perdana Menteri di pagi hari raya. Sebaliknya, beliau memutuskan untuk diadakan di luar Kuala Lumpur.


"Itu cara atau 'style' masing-masing apabila seseorang Perdana Menteri itu diberikan amanah. Terpulang kepada Perdana Menteri untuk mengadakannya dengan apa juga cara,' katanya kepada pemberita dalam satu program di Serkat Pontian, pada Isnin.


Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sebelum ini menganggap majlis rumah terbuka itu sebagai program kempen PRN dan ia tidak wajar diadakan.


Walau bagaimanapun orang ramai menyambut baik keputusan kerajaan menganjurkan sesi rumah terbuka tersebut kerana dilihat sebagai peluang untuk mereka mendekati pemimpin kerajaan.


Pesara badan berkanun, Che Anuar Che Ngah, 71 dipetik laporan Sinar Harian berkata pendekatan itu merupakan usaha yang baik kerana dapat mengeratkan silaturahim antara barisan pemimpin dan rakyat.


"Lupakan soal politik dan buka fikiran untuk berkasih sayang antara satu sama lain," katanya.


Sementara itu Salahuddin yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) ketika mengulas dakwaan Sanusi berkata, pembangkang tidak sewajarnya cemburu terhadap Kerajaan Persekutuan yang menganjurkan rumah terbuka tersebut.


"Tidak perlu cemburu hingga dipolitikkan kerana perkara paling penting adalah rakyat disantuni oleh pemimpin ketika rumah terbuka itu diadakan nanti.

"Rakyat datang untuk beramah mesra dengan pemimpin. Itu tiada masalah, janganlah Hari Raya pun hendak dipolitikkan," tegas Salahuddin.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page