top of page

Rumah terbuka Aidilfitri: Kenyataan Takiyuddin takut bayang sendiri?



Kenyataan Timbalan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan bahawa langkah Kerajaan Perpaduan mengadakan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani bersama Perdana Menteri (PM) di 6 negeri mulai Sabtu ini sebagai bermotifkan politik mungkin kerana pemimpin PN mula takut dengan bayang bayang sediri.


Menurut Timbalan Pengarah Komunikasi KEADILAN Kelantan, Mohamad Zulfadly Ruslan, dakwaan Takiyuddin kononnya siri rumah terbuka itu sebagai melanggar konvensyen dan adab hubungan antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan pula amatlah keliru.


"Takiyuddin menganggap langkah Putrajaya mengadakan siri Rumah Terbuka Malaysia Madani sebagai melanggar adab Persekutuan - negeri adalah bersifat dangkal dan naif, selain tidak menghormati kedudukan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.


"Jamuan rakyat itu juga tidak membazir (sebagaimana ditohmah). Rumah terbuka ini sebenarnya anjuran Kementerian tertentu dan Datuk Seri Anwar hanya hadir sebagai tetamu kehormat sesuai dengan kedudukannya sebagai Ketua Kerajaan," kata Zulfadly kepada suara Keadilan.


Beliau memberi contoh, di Kelantan rumah terbuka tersebut anjuran Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim di bawah Menteri Nik Nazmi Nik Ahmad dan Perdana Menteri dijemput hadir melancarkan majlis.


Selain itu, kata Zulfadly, jamuan rakyat itu juga memberi peluang kepada orang ramai bertemu PM yang sukar berlaku sekiranya jamuan hanya dibuat di Putrajaya.


"Berbeza dengan sebelum ini rumah terbuka diadakan di Putrajaya dan hanya mereka yang berada di sekitar kawasan itu sahaja yang mampu hadir, jauh sekali akan dihadiri oleh rakyat yang berada di Kelantan atau Terengganu.


"Rumah terbuka ini juga bagi saya, bukti Kerajaan Persekutuan tidak pernah menganak tirikan Kerajaan Negeri yang berada di bawah pentadbiran pembangkang," katanya.


Tegas Zulfadly lagi, PN perlu belajar dan memahami visi dasar MADANI yang salah satunya adalah Hormat dan Ihsan.


Program merapatkan rakyat itu, ujarnya, akan menambah sifat hormat, ihsan dan mengukuhkan hubungan persaudaraan sesama atau berlainan kaum.


"Begitu juga dalam membangunkan takrifan Ihsan sebagai nilai masyarakat di Malaysia yang harus melibatkan penyertaan semua pihak.


"Justeru, Rumah Terbuka Malaysia Madani mengajak semua rakyat tanpa mengira agama, bangsa, kaum dan idealogi politik untuk sama-sama hadir memeriahkan majlis yang bakal dihadiri oleh Perdana Menteri," katanya.


Sehubungan itu, Zulfadly menasihatkan PN yang dalam kekeliruan dan terdesak dalam mencari modal politik untuk memahami Dasar Rukun MADANI yang digariskan PM atau mereka akan ditinggalkan rakyat yang kini lebih memilih untuk memulihkan negara berbanding bermain politik tanpa kesudahan.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page