top of page

Ruji Ubi sedia galas cabaran tawan N72 Merotai

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Nov 15, 2025
  • 2 min read
Ruji (tiga dari kiri) diiringi oleh Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin (kiri sekali), Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli (dua dari kanan) dan pimpinan KEADILAN Sabah pada penamaan calon pagi tadi.
Ruji (tiga dari kiri) diiringi oleh Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin (kiri sekali), Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli (dua dari kanan) dan pimpinan KEADILAN Sabah pada penamaan calon pagi tadi.

Calon 'heavyweight' Pakatan Harapan-KEADILAN, Datuk Ruji Ubi hari ini rasmi bertanding di N72 Merotai pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRN) Sabah ke 17.


Ruji dalam muat naik di media sosialnya petang ini menzahirkan penghargaan kepada kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dan Pakatan Harapan (PH) atas kepercayaan yang diberikan kepada beliau.


"Hari ini Suruhanjaya Pilihan Raya secara rasmi mengesahkan pencalonan saya sebagai salah seorang calon bagi DUN N72 Merotai.


"Terima kasih kepada pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Harapan atas kepercayaan ini.


"Ini bukan sekadar pencalonan, tetapi amanah besar untuk memastikan PH bersama rakan strategik GRS dan BN dapat membawa pembangunan yang lebih baik ke Merotai," katanya.


Beliau menegaskan bahawa pencalonannya membawa harapan rakyat dan komitmen untuk memperkukuh agenda pembangunan di DUN Merotai.


"Saya berada di sini untuk membawa hasrat parti, kepimpinan, dan terutama sekali aspirasi rakyat Merotai agar agenda pembangunan, peluang ekonomi dan kemudahan asas dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun dan berkesan demi masa depan negeri kita," katanya.


Ruji turut menyeru sokongan padu daripada semua pihak untuk memenangkan beliau pada hari pengundian 29 Nov ini.


"Saya mohon sokongan semua pengundi, penyokong dan jentera.


"Marilah kita bekerja bersama dengan tekad, disiplin dan semangat kekeluargaan demi kemenangan yang membawa manfaat sebenar kepada Merotai dan Sabah," katanya.


Beliau turut menekankan bahawa masa depan Merotai perlu dibina atas semangat kebersamaan.


Ruji Ubi merupakan calon berprofil tinggi yang diturunkan KEADILAN untuk menggalas cabaran merampas DUN Merotai.


Beliau yang berumur 55 tahun sebelum ini pernah menjawat Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU JPM).

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page