top of page

Ruang niaga 'anak muda' di Jalan Patani dinaiktaraf

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Sep 29, 2023
  • 1 min read


Ruang niaga yang dikhususkan untuk anak muda di Jalan Patani, Sungai Petani, Kedah dinaiktaraf untuk memudahkan aktiviti peniagaan dijalankan dan keselesaan kepada para pengunjung.


Menurut Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Taufiq Johari (gambar atas, berbaju krim), peruntukan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk membina bumbung di lot niaga itu telah pun diluluskan dan kini pembinaan sedang giat dijalankan.


"Melawat perkembangan projek di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi pembinaan bumbung untuk lorong niaga di Jalan Patani.


"Lorong niaga 'anak muda' ini telah lama wujud dan mendapat sambutan yang hangat daripada anak anak muda di dalam serta luar kawasan Sungai Petani.


"Perkara ini amat membanggakan kerana menaikkan nama serta ekonomi penduduk Sungai Petani. Jadi melalui inisiatif Kerajaan Pusat, KPKT telah bersetuju untuk menaiktaraf kemudahan di lorong tersebut," kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN Kedah itu.


Beliau yang bertemu para peniaga di sana turut bertanya apakah keperluan selanjutnya yang mereka inginkan bagi melancarkan perniagaan dan menarik pengunjung ke kawasan itu.


"Bertemu juga dengan para peniaga sekitar kawasan projek ini bagi mendapatkan maklumat serta apa apa isu yang berbangkit.


"Diharapkan semua pihak memainkan peranan yang baik bagi merealisasikan hasrat untuk melihat pembangunan ekonomi di Sungai Petani ini," katanya dalam kenyataan.

Commenti


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page