top of page

RTM siar piala AFF Mitsubishi Electric secara tertunda 15 minit



Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan Kejohanan Piala AFF Mitsubishi Electric secara tertunda.


Hal itu diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Fadzil hari ini.


"Saya mengambil maklum ramai peminat bola sepak tanah air telah memohon agar perlawanan Piala AFF Mitsubishi Electric disiar di saluran RTM.


"Saya juga telah berbincang dengan YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan yang turut mencadangkan perkara yang sama.


"Oleh itu, sukacita saya maklumkan saluran RTM akan menyiarkan perlawanan Piala AFF Mitsubishi Electric mulai 27 Disember 2022 atau malam ini sehingga perlawanan akhir yang dijadualkan pada 16 Januari 2023," katanya.


Menurut Fahmi lagi, para peminat bola sepak boleh menyaksikan sebanyak 10 perlawanan kejohanan yang akan disiarkan di saluran TV2 dan Sukan RTM serta penstriman langsung melalui aplikasi RTMKlik.


Perlawanan akan disiarkan secara tertunda lewat 15 minit daripada masa sebenar.


"Siaran oleh RTM ini merupakan siaran tidak berbayar (free to air - FTA) dan tertakluk kepada syarat kontrak hak siaran eksklusif, iaitu stesen penyiar FTA dan hanya dibenarkan menyiarkan perlawanan 15 minit lewat daripada waktu sebenar perlawanan," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page