top of page

RTM bakal wujudkan saluran TV sukan tempatan



Perbincangan antara Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) serta Radio Televisyen Malaysia (RTM) diadakan bagi mewujudkan satu saluran khusus untuk acara sukan.


Menteri KKD, Ahmad Fahmi Fadzil berkata ketika ini walaupun siaran sukan boleh ditonton menerusi aplikasi RTMKlik, namun masih ada kekangan dihadapi rakyat bagi menonton melalui aplikasi tersebut.


Tambahnya, untuk itu kementerian mensasarkan saluran khusus menyiarkan acara sukan secara percuma diadakan menjelang suku kedua tahun ini.

"Saya sudah minta pihak penyiaran untuk meneliti bila perkara ini boleh dilaksanakan. Harapan saya saluran ini kita boleh lancarkan sebelum ataupun selepas Hari Raya.


"Sekarang apabila ada acara sukan tertentu kita siarkan di TV1 ataupun TV2. Jika kita ada saluran khas yang didedikasikan untuk perkara ini, pelbagai program lain boleh kita isi di TV1 dan TV2," katanya.


Ketua Penerangan KEADILAN itu sebelumnya ditemui media ketika menghadiri sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Parlimen Lembah Pantai di Taman Sri Sentosa pada Ahad.


Sementara itu ketika mengulas lanjut acara yang bakal disiarkan di saluran khusus itu Fahmi berkata, KKD mahu memberi perhatian lebih dulu untuk menyiarkan acara sukan tempatan sebelum menayangkan acara sukan antarabangsa.


"Jika kita hendak merakyatkan sukan, bagi KKD ini adalah satu cara untuk memberikan sokongan kepada atlet tempatan dan juga peminat sukan tanah air.


"Walau bagaimanapun banyak perkara yang perlu kita pertimbangkan kerana initiatif ini pasti mempunyai implikasi kewangan," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page